Friday, November 14, 2008

FACEBOOK dan PENGASIH

Seperti tiada kaitan kan? Tapi ia punya kaitan yang sangat bererti untuk aku.

Bermulanya aku berjinak-jinak dengan Facebook gara-gara seorang lelaki. Beliau memang lelaki yg spesel. Siapa? Beliau residen PENGASIH. Jadi, beliau adalah spesel kerana aku sayang semua residen PENGASIH. (Ingat, residen SAHAJA. Staf aku tak layan sangat. Haha.) Eh jap, beliau itu suda naik pangkat jadik staf! Erk. Layannnnn~

Asalnya, aku hanya aktif main Friendster. Aku tak pernah berminat mau buka akaun Facebook. Tapi setelah kene invite ngan beliau ni, aku jadi excited la plak kan. Haha. Kerana sayang ku kepada residen PENGASIH, aku pun bukak la akaun Facebook.

Bila dah bukak akaun Facebook tu, aku terus buat terjah edisi dunia siber. Mula la aku bermain mesej dengan beliau. Bertanyakan khabar, memberi semangat dan sokongan moral. Yer, aku memang budak baik. Haha. Tapi, seperti yang aku dah kata berkali-kali dalam post ni, aku sayang mereka. Jadi aku akan terus bagi sokongan moral kepada mereka. Kalau mereka sudah tamat terapi di PENGASIH, aku mau mereka mulakan hidup baru. Tinggalkan kawan-kawan yang memberi mereka aura negatif. Cari kawan seperti aku yang sentiasa beraura wangi, eh, maksud aku, positif. Hehe.

Pernah sekali aku terserempak dengan bekas residen PENGASIH kat KL Sentral. Beliau sudah mula menunjukkan penambahan berat badan. Bagus tu! Dan ketika itu, beliau sedang promosikan syarikat baru beliau. Wow. Aku amat bangga dengan kamu Encik Z! Walaupun aku kureng sket dengan keegoan kamu ketika di PENGASIH, tp biarlah ego itu jugak yang menjadi kekuatan kamu untuk mulakan hidup baru, ok?

Berbalik kepada kisah Facebook. Ya, aku dah lama tak bukak Facebook. Sehingga lah beberapa hari lepas. Al-kisahnya, aku dapat komen kat Friendster dari seorang lagi residen (kini staf) PENGASIH. Beliau ajak aku jadi crew untuk program Ahad akan datang ini. Aku sudah reply beliau di Friendster, tapi takde respon gak. Aper ni Encik Player, mau aku jadi crew ke tidak?? Jadi, aku pun bukak la Facebook, kot2 lelaki spesel itu pulak ader tulis kat Wall dia ke. Jap, jap, aku nak bagi nama kat lelaki spesel ni kerana beliau BUKAN 'teman-tapi-mesra' aku. Haha. Panggil Encik Ed ya? Hehe.

Encik Ed takde cakap aper2 kat Wall dia. Takpe lah, kalu ada masa dan kaki, aku pegi jugak terjah Titiwangsa Ahad ni. Jadi, aku godek2 lah Facebook beliau sebentar walaupun aku taktau aper yang aku tekan. Facebook ni application je hebat, tapi usability fail ye rakan-rakan! Dah tu, aku jumpa plak dua orang lagi residen PENGASIH dalam list kengkawan Encik Ed ni. Eh, eh, apsal peluk-peluk plak 2 org nih?? WOW. Mereka sudah berkawen rupanya!! Waaaaaaaaaa.... AKU SGT SGT GEMBIRA UTK MEREKA!!!! Akhirnya, H dan Ugly Betty sudah berkawen!!! Oh, bg imaginasi rakan-rakan, Ugly Betty ni cantek yer rakan-rakan. Hehe.

Rasa gembira tak terhingga. Aku rs sangat seronok bila aku tau residen2 PENGASIH ni mengambil jalan yang betul bila tamat terapi. Kadang-kadang aku terpikir untuk kembali ke PENGASIH. Ya, aku juga ketagihan. Ketagihan kasih sayang. Aku taktau kenapa tempat itu memberi aku impak yang sangat kuat, walaupun aku hanya menjalani praktikal di sana. Thanks Abg Fizi, sbb biar aku lalui hari2 sebagai seorang residen ketika di PENGASIH. Suatu jenis praktikal yang budak2 U lain takkan rasa! Ternyata, terapi komuniti bukan untuk penagih dadah sahaja, terapi ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu kehidupan yang lebih baik. Aku belajar sangat byk dari praktikal tu. Sebagai permulaan, untuk menjadi manusia. Manusia yang punya perasaan. Tak faham? Takpe, aku tau rakan-rakan PENGASIH faham perasaan itu. Biar aku kongsi perasaan itu dengan mereka sahaja. Sesungguhnya, mereka juga famili aku. (Dan aku kan terus cari mereka di Facebook kerana nampak gaya, mereka lagi suka tgk buku sekarang ni! Haha)


P/S: Adik, kamu kat mane sekarang? Thanks sebab sudi tandatangan kad itu. Serius, aku nangis bila nampak tandatangan kamu. Kamu tau aku marahkan kamu kan? Sebab aku kecewa kamu lari ketika itu. Aku punya harapan yang besar terhadap kamu. Jangah hampakan aku. Please?

2 other story teller(s):

Anonymous said...

cuba ko terapi kat tanjung rambutan plak. hehe. mane taw ko peluk2 orang sane.

atreyu strange said...

maaf. aku hanya berminat dgn terapi KOMUNITI. hehe. bkn terapi utk org, err, ermm, xpelah, terlalu kasar utk dinyatakan di sini. hehe.

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP