Tuesday, November 18, 2008

Lelaki, Jangan Permainkan Perasaan Kami, Boleh?

Kadang-kadang aku rasa lelaki bertindak tanpa fikirkan akibat atau impaknya. Aku tau la ader pompuan macam tu jugak, tapi sebab aku pompuan, mesti la aku cakap laki begitu! Haha. Macam kes kawan aku ni, dia rapat giler dengan sorang budak laki ni. Lelaki ni pernah berkata, "Tiada apa-apa antara kita". Kawan aku pun, layan kan je lah. Tapi kan, mengapa lelaki ini boleh pula marah dan merajuk dengan kawan aku bila kawan aku datang lambat untuk berjumpa? Bukankah kamu sendiri yang kata "Tiada apa"? Kalu kawan aku tu datang lambat, aku takde pulak nak marah-marah. Dah memang tiada apa kan, buat apa nak marah.

Aku pernah diberitahu oleh kawan laki aku satu perkara yang buat aku sedikit terkejut (tapi tak terkejut dah skang). Dia cakap, ada lelaki yang punya dua teman istimewa serentak sebab satu hanya sesuai jadi gurlpren, dan satu lagi untuk dijadikan isteri. Asalnya, aku kurang percaya dengan apa yang aku dengar, tapi bila aku tengok kawan-kawan aku lalui semua tu, aku dah mula percaya dengan statement dia tu.

Aku jugak perasan yang lelaki suke gunakan alasan UNIVERSAL supaya tidak kelihatan bersalah. Stail takmau mengaku salah. Cisdel betol. Aritu, kawan aku story (aku lagi suke gune perkataan 'mengadu' sebenarnyer, tp takpe lah) kat aku, "Dia tak wish time birthday aku". Aku tanya balik, "Dia lupa ke?". Kawan aku jawab, "Dia taktau bile birthday aku". Aku tau memang ader lelaki yang tak ambil tahu tentang harijadi orang lain, teman istimewa mahupun isteri. Tapi, tak perlu la asyik menggunakan alasan lelaki-tak-kesah-semua-tu apabila sendiri yang TIADA INISIATIF mau tau. Alasan camtu dah basi la wei! BASI!!!

Buat kawan aku tu, kamu fikirkanlah apa yang aku katakan ini ya? Aku tau aku pernah menyatakan rasa tak puas hati tentang lelaki itu, tapi itu tak bererti aku tak pernah cuba memahami perasaan kamu itu. Tapi aku juga tak suke kamu dipermainkan begitu.

Buat lelaki tu, sebenarnya, kamu suka kat dia atau tidak? Sila jangan permainkan perasaan kawan aku tu, boleh tak? Aku tak suke...

Aku tak suke salahkan lelaki dalam hal ni. Tapi, aku nak salahkan jugak (sebabnya sudah dimaklumkan di atas). Skang ni pun, kalu aku kawan dengan lelaki, aku pastikan ada had dalam persahabatan kami. Ye laa, kalu persahabatan tu disalah erti, cuak la jugak kan. Aku takmau di salah erti. Cukuplah sekadar di salah erti oleh famili aku, ex aku, makcik aku.. Kang tak pasal2, ader la org tulis post "Hey Pompuan, Jangan Permainkan Perasaan Kami!". Wakakaka!!!

Ape2 pun, layan jap petikan Ayat-ayat Cinta di bawah..

Listen Moto-to
You better treat this lady like a queen
Because you my friend
You found yourself the perfect woman
If I was ever so lucky to find the perfect woman
I would give her flowers everyday
And not just any flowers okay
Her favourites are orchids
White
And breakfast in bed
Six loafs of wheat toast with butter on both sides
No crust the way she likes it
I'd be her shoulder to cry on
And her best friend
And I'd spend everyday trying to think of how to make her laugh
She has the most
Most amazing laugh
I mean...
That's what I would do if I were you
But I'm not.
So you do it.


(Oh, ini bukan petikan dari AAC the movie yer, ini petikan dari ayat-ayat cinta Melman. Hehe.)

P/S: Mesti korg pening baca post2 aku. Skejap Melayu, skejap Inggeris. Lantak aku lah, ok tak? Takmau bace pun takpe. Hehe.

6 other story teller(s):

CikPiN said...

pergh..
ko suda kene rasuk ngan madagascar la..
u talk bout it non stop!!

but..wat Melman said..is very d tacing la!!!

p.s Ouh sahabatku (yang menjadi subjek entri), smg ko jumpe laki yang baik. kerana kau perempuan baik.

Anonymous said...

Saya xmau komen apa-apa tentang ini..hehe

atreyu strange said...

ezad. kiranyer, ape yg aku dengar dan pikir itu btol ke? hehe.

Unknown said...

sy mau jatuh cinta ngn Melman
pencinta seorng wanita
xmo pencinta ramai2 wanita
sorg suda laa..

kpd kwn jen..wake up laa..
abaikn laki itu..wpon ia mmg payah (sbb kamu dgil sbnrnya)

buat laki itu..sila jgn kacau kwn jen lg..dia da x larat nk jd org plg rapat ngn kamu..

Anonymous said...

hehe. ko ade guna perkataan yg akoo slalu pakai dlm YM ngan ko tuh. ckp xnk pki. haha. byr royalti la beb.

hehe. akoo da agak dah ayat atas tue. laki ade dua stok. stok bini n stok galpren. tp akoo salahkan galpren. sbb laki xkn amek dia sbg galpren jika dia tak membawa imej seksi. keke. mcm la akoo nmpk. tp tu ar. laki amat normal jika tgk perempuan dahi licin. tp kalo laki botak cane ek?

atreyu strange said...

ST, aku biase gune la pkataan tu. cuma, bile YM ngan ko jek aku mls nk bertikam lidah, eh, keypad. cisdel btol. erk! lalala~

tp kan, x semestinyer stok gurlpren tu mesti bawak imej seksi. itu, KO SILAP.

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP