Sunday, November 23, 2008

Kenali Aku

Lumrah manusia bila bertentang mata dengan seseorang yang baru dikenali adalah untuk membuat tanggapan pandang pertama. Di blog pula, kita sering menilai penulisnya dari segi penulisan. Kadang2, ada yg percaya kpd penilaian masing2. Same la jgk mcm bace MalaysiaToday ke, MalaysiaKini ke, masing2 lg suke kalu percaye wlpn penulisan MUNGKIN bkn situasi sebenar. Pelik la korg ni. Ish3.

Ye laa, aku leh dgr korg komplen dah tu, so biarlah aku mengaku (wlpn aku tak bersalah). Aku jugak spt korg. Suke buat tanggapan sendiri bila baca blog org. Kalu aku rs penulisan blog kasar, aku mesti buat tanggapan penulis seorang yang bengis, brutal dan takde perikemanusiaan. Kalu blog klakar, aku slalu rs penulis tu ader masalah mental, kurang didikan Sejarah dan Geografi, serta berfikiran cetek mcm air sinki yang lekat kat saluran. Heh. Suke ati aku la nak pk aper.

Baru-baru ni bila aku kenal dengan Encik Robin Hood, dia asyik cakap aku ni pelik. Katanya, penampilan aku buat aku tak nampak seperti usia aku yang sebenar (nampak lebih tua atau muda, terpulang kepada imaginasi anda). Dan dia fikir pompuan jarang layan lagu local indie, jadi mengapa aku melayan plak lagu-lagu camtu. Encik Robin Hood makin pelik bila aku cakap tentang latar belakang famili aku. Dan juga tak paham kenapa aku gune kasut converse bertali ungu tu. Ergh.

Aku nak clear kan perkara-perkara yang telah merunsingkan kepala Encik Robin Hood.

  1. Umur aku 24 tahun dan aku sangat selesa pakai jeans/sluar pendek ngan tshirt plus kasut converse/slipar pantai.
  2. Aku suke indie dari luar negara gak mcm band2 dari UK, US, Filipina (remember Rivermaya?) dan Indonesia. Jadi SILA JGN HERAN kalu aku suke local indie.
  3. Aku kacukan India dan Bidayuh. Agama aku Hindu. Kalu aku fasih Bahasa Melayu, ini sebab aku bawak identiti BANGSA MALAYSIA. Ada paham?
  4. Kasut converse aku bertali ungu sebab ia kasut Limited Edition. Aku tak beli tali kasut sukasukihatiaku semata-mata nak bajet cam best.

Aku jugak nak clearkan kepala2 org lain yang suke pk bukan2. Kepala sape? Bak kate Nabil, LU PIKIR LA SENDIRI! Haha.

  1. Aku slalu cakap aku emo sbb aku masih lagi dibayangi tragedi putus cinta yang dah masuk 3 bulan ni. Aku manusia biasa yang punya perasaan. Tak salah kalu aku nak emo. Aku rasa aku emo sorg2 jek. Aku tak penah plak lempar ke-emo-an aku kat org lain. (Eh, xde kan? Hehe.)
  2. Skang aku SINGLE. Tapi aku TAK MENCARI SAPE-SAPE. So, bagi yang ader hati kat aku, SILA CARI POMPUAN LAIN. Aku takde hati la kat korg, especially yang baru balik dari Hanoi. Jadi jgn perkotak-katikkan kehidupan aku sbg org single. Amat bahagia. Kawan-kawan aku lagi penting dari lelaki bwat mase ni. Kalu nak gak, anta resume dulu dan lampirkan slip gaji beserta bank statement anda. Jika tiada respon dari aku 3 hari selepas submission, anggap jek dah kene rejek. Ahaha.
  3. Merujuk kepada perkara no 2, ingin diTEKANkan di sini, AKU BUKAN LESBIAN!!!! Wehh, penat la bgtau korg!!

Lol. Aku sebenarnyer takde idea nak blog pasal aper arini. Jadi aku terpikir untuk buat korg sumer cuak jap. Eh, cuak tak? Kalu tak cuak, xpe la. Kalu yang cuak, err, padan muke! Haha.

Aper2 pun, kuar ngan Mon siang td mmg best. Dah lame tak bergosip cam budak2 skolah. Ahaa.

13 other story teller(s):

Anonymous said...

yeay. kawan ku lesbian. akoo penah tgk ko pki converse, suar pendek, baby t. bak cni!

ps: bc belog ko umpama ko tgh mental. nape ye. ehehhe!

atreyu strange said...

hebat la kamu ST... tau2 jek aku tgh mereng. haha.

* mental ngan emo sape tak? ehh. mental ngan mereng same gak ke??
* kesimpulannyer, aku masih mental, mereng dan emo.
* weh, sape kwn ko yg lesbian tu? lalala~

Aimar said...

Perlu ke aku suruh Mr. Robin Hood baca blog ni? hehehe..

atreyu strange said...

Wei2. Ko jgn bwat hal lg bley tak. Aku sepok jgk kang. Adehh..

Unknown said...

hahahha jen..
aku suka la ko..
aku pon nk tiru method ko laa
anta aku slip gaji n bank statement
pastu aku nk suh dia buat amali plak
blanja kwan2 aku mkn
ni kasi test sama bliaw..
hahahhaha..


sesungguhnya..melepak bersama seharian adalah cara aku kenali seseorng..

jom jen..aku wwwwiiiiiiiiinnnddduuuuu

Anonymous said...

heh, selepas membaca entry ini, walaupun aku penggemar wanita, aku akan cakap kat owner blog ni.. go to damn hell.. bodoh punya orang.. hua hua.. ni jenis2 wanita aku mmg menyampah sejak lahir lagi.. hua hua..

atreyu strange said...

Wlpn aku post entri "Kenali Aku", tp aku tetap disalah erti. Pergh. Stail giler care aku tulis entri. Sampai minda org pun diperkotak-katikkan. Haha.

Anonymous said...

LESBIAN???
omg!

atreyu strange said...

Apsal Peja? Ko suke? Takot gak. Nabil mau campak mane.. Haha.

Unknown said...

kpada org yg komen pas aku td..
pesal ko ckp kwn aku bodo aa??dia bijaklaa..kalo x dia x jd saintis..prof matun x amik dia keje..x bg dia handle keje banyak2..

atreyu strange said...

giler defensive ko nih bit. haha. tp, agak2 ar, abis bocor identiti aku. cisdel btol.

Anonymous said...

Hehe..xpe2 jgn paksa org suke kita, manusia mmg ada emosi..senyum2 lah selalu kerana itu penawar..huhu

Anonymous said...

maksud ko, aku ke cik bit..? aaku mmg tak pandai, ahli botani ja, x knal prof2 ni, knal cik razak je, ketua jabatan kebersihan skolah men. pulai..

baca kat sini ek.. cik bit..
http://lochoe.ringgittune.com/2008/11/entiti-aura-didalam-blog-anda/

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP