Kisah bermula di sebuah kedai coli. Aper diorang buat kat situ? Ahaa, di situ lah bermulanyer kisah Faun tunjuk terer cari barang hilang. Wakakaka!! Yang si Los plak, as usual, LOST. Heh.
Walaupun Los itu LOST ketika itu, namun beliau lah yang mendapat ilham untuk memulakan perniagaan mencari barang yang hilang. Macam2 yang dicari balik. Coli, duit loteri apek Cina, wang haram sindiket dadah, ahli2 kumpulan 4U2C, Kickdefella yang menyorok dari ISA, bendera yang terbalik. Eh, taklah, aku tipu je sumer tu! Ahaa~
Oleh kerana kehebatan mereka telah digembar-gemburkan di iklan akhbar dan TV, maka Datin Jasmin mula la merisik Faun. Eh, maksud aku, merisik kebolehan Los dan Faun mencari jam tangan hasben terchenta dia yang hilang ketika kene strok. Terkejut mereka apabila diberitahu oleh Datin Jasmin yang jus papaya kegemaran mereka tak dapat diproses. Haha. Taklah, diorang terkejut bila diberitahu harga jam tangan tu RM 30 juta. (apsal aku asyik nak wat lawak nih??)
Apa yang seronok:
- Ketika bapak Faun ter-tengok citer Brokeback Mountain, pastu asyik bayangkan anaknya itu gay kerana asyik citer problem dia dengan Los jek.
- "I miss you, but not in a gay way, owkay!" Wahaha~
- Selena Mysterina!! Beliau pandai buat magik cabut mata ohh!! Hehe.
- Time Jefri nak bunuh diri. Macam starfish lah kamu! Haha.
Apa yang tak best:
- Jalan citer bosan, flat. Kalu tak kerana lawak dan fikirkan duit RM11 yang aku bayar kat si gadis kaunter GSC, memang aku dah blah dah. Haha.
- Rambut Los. Aku takleh concentrate tgk muvi ni sbb aku asyik perhati rambut Los! Geram sehh, rasa cam nak gune pencukur rambut jek atas kepala dia!
- Faun yang bajet terer. Adlin tak pandai bawak watak bijak pandai. Memang nampak seperti lakonan semata-mata.
- Adlin tak reti bagi penerangan. Lepas dia terangkan sesuatu, aku makin konfiuz. Kesimpulannya, aku konfiuz tentang konspirasi antara Sofar Sogood, Dick, Datin Jasmin dan Amran. (CikPin baru je bwat penerangan ending Los dan Faun kat YM)
Saranan untuk Encik Afdlin Shauki:
- Sila tulis skrip yang tak berbelit-belit dan sesuai difahami oleh semua lapisan masyarakat seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, Murut, Iban, Bidayuh, Serani dll. Mandi hadas besar? Huh, aku terpakse tanya CikPin apejadah mende tu!
- Jika terfikir untuk amik Adlin untuk berlakon, aku rekomen ko amik CikPin jek la. Sekurang-kurangnya, aku paham la jugak penerangan CikPin. Kwang3~
5 other story teller(s):
Aku bukan ta nak belakon nih meenachi, tapi aku malasla bende2 duniawi nih..Aku ta suka la gosip2 liar nanti. camne kalo ade datuk L minat kat aku?? mana aku na letak hati aku nih yang tegila2kan encik M?
datuk L??
dtuk Lochoe??
encik M??
encik Matt BB??
ke encik mohd hanafi??
ke encik Mohd Hanafiah??
ke encik maniam??
pening laa
adeihhh
tdo dlu laa
Takyah pening Cik Bit, Encik M = Matt Ruzaini. Lupe beliaw ke..hehe.
*menyesal aku rekomen CikPin.
*mungkin tak L itu, Datuk Lingam, VK??
ces~ naseb bek aku ta tulis encik J.. kalo ta aku taw apa spekulasi korang na buat.. tula ak blom jadi artis lagi da ade gosip liar camni..
haihh~~
aku pon rase cite ni x bes mane.
nasebla tiket rm8 je.
kalo x,rs sesal la jugak.
aduh~
Post a Comment
Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!