Monday, February 02, 2009

Sound Trouble

Dua minggu lepas, colleague aku komplen kata laptop Lenovo bwat hal. Sound trouble jek, takkan takleh troubleshoot kot. Jadi, aku pun tugaskan dia untuk cari penawar bagi menghidupkan kembali sound system pada Lenovo tu. Aku yakin, selaku budak Sains Kognitif, setakat troubleshoot pc, NO HAL BEB! *Ye ke??*

Dua hari dia cuba troubleshoot. Aku kata, kau cuba la apa yang patot, cari kat tenet ke aper, re-install driver ke. Punya la dia semangat nak troubleshoot sampai anti-virus pun dia install sebab dia pikir Lenovo tu kene serang agen2 jahat. *Yer, aku telah uninstall antivirus. Ngeh3*

Dah abis cuba macam2, aku pun cakap, kau tinggal jek lah Lenovo tu dulu. Settle tugas lain dulu.

Hari Jumaat tiba, bos aku cakap, I'll be coming in on Monday, We should do a pilot test. Terus menggelabah aku! Lenovo tengah bwat hal, dia nak bwat test plak! Adeii. Sebab aku banyak keje kat ofiz, aku amik keputusan untuk troubleshoot Lenovo kat umah. Dengan penuh berat hati, aku pun heret la Lenovo tu pulang ke umah.

Sabtu datang, aku bwat bodoh. Ahh, besok lah tengok. Baik aku kuar jalan2. Ngee~

Ahad tiba, aku BWAT BODOH JUGAK! Menikmati Do Nothing Day aku. Perghh, giler malas aku nih!

Dan awal pagi Isnin (yer, pagi nih), pada jam 6 pagi, aku menggelabah. SIAL. 2 hari aku cuti, aku sia2 kan! Sempat ke aku nak troubleshoot skang? Dalam keadaan separa sedar, aku bukak lampu bilik dan bukak Lenovo sambil mulut mencarut2 laptop bangang nih.

Aku pun bukak la lagu Taylor Swift kesukaan pompuan chantek yang kini mau bagi neraka pada aku dan kamu. Ehem2, korg tak paham ayat ni, abaikan.

Lagu tu tak kedengaran. Aku bukak Sound panel, letak 100%, pun takde efek. Aku bukak laptop ACER aku, dan google. Aku cek plak anti-virus, berfungsi. Colleague aku cakap dia dah run anti-virus dan tiada musuh dalam selimut yang dijumpai.

Erm, butang Sound yang bulat atas laptop nih penah ditekan tak?

Ahh, takpelah, aku try tekan.

And I said, Romeo take me somewhere we can be alone, I'll be...

WHAT THE FISH???!!! Berbunyi plak!! Cheeeee-bye!!!! Aku heret balik laptop nih semata-mata nak tekan butang Sound sebijik tu????!!!!

Oit, RAUDHA!! Ko meh datang sini angkut laptop nih balik!!! MANGKOK KAU!!! Bwat aku panik tak tentu pasal! Aku dah siap buat persediaan mental nak kene marah ngan bos arini tau tak!!!


*****bila aku dah habis mencarut*****


Bak kate Ammar, macam mekanik yang bukak moto bila masalahnye cuma minyak yang abis....

Adeii.

2 other story teller(s):

Aimar said...

haha..nasib baik kamu tak bukak laptop tu and gi tukar sound card die.. Kalau tak, jadi sebijik cam citer mekanik gi bukak enjin sebab motor tu tak leh hidup disebabkan kehabisan petrol..

atreyu strange said...

dah kira baik aku nk try troubleshoot sendiri. camne kalu aku bwk gi lowyat dgn muke cuak xley blah?? pastu mtk nk sound card baru. pergh, MALU AKU WEI!! haha~

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP