Berbalik ke pangkal post, tetibe malam ni aku kerinduan dengan UNIMAS. Ni sumer gara2 TER-bukak folder gambar berjudul UNIMAS dalam laptop ACER aku yang tunggu mase tuka APPLE. Eh2, ACER jangan majok yer! Ngeee~
Banyak kenangan pahit/manis/masin/masam yang aku terbayang bila aku tengok balik gambar2 tu semua. Dari aku Tahun 1 sampai ke Tahun 3, aku tau aku telah banyak membesar (ouhh, fizikal dan juga mental). Tapi, yang paling banyak membesar adalah keluarga UNIMAS aku.
Dari rakan kuliah, ke rakan serumah, hingga ke rakan liaison officer. Aku dapat ramai kawan. Dan aku ingat, aku sangat gembira disamping mereka. Gelak ketawa. Gelak jahat. Suka duka. Suka suki. Sumer pun ader~ uhuhu.
Ouhh, sangat rindu...
- Aku rindu nak stay up bersama kwn2 dan duduk hirup nescafe di sofa depan bilik tu.
- Aku rindu makan mini megi yang dimasak tepat jam 12tgh mlm atau 3 pagi. Kitorang dah terbiasa timing nih.
- Aku rindu nak borak sama Nilam pasal Blink 182 dan pastu merungut2 nape diorang split up!. Ho-yeahh, kami GILAkan Blink 182.
- Aku rindu nak makan tom yam kat warong 2000.
- Aku rindu abang tom yam tu panggil aku darling tiap kali nak amik order aku. Uhh, gatal!
- Aku rindu abang char kuey teow yang bertumbuk dgn penduduk sane demi abahnyer.
- Aku rindu usha washing machine dari tingkap bilik Mon.
- Aku rindu nak outing pastu bahagi2 duet kete sewa dan petrol.
- Aku rindu masuk kuliah pastu pura2 tulis nota lecture padahal tulis nota suh pass kat budak depan!
- Aku rindu masuk kelas Prinsip Ekonomi sbb time tu lah paling best nak bace surat khabar sambil makan Nips tanpa segan silu!
- Aku rindu cegu BM aku yang penuh kontroversi tapi orang len jeles sbb dia syg aku. Ngee~
- Aku rindu nak jadi ahli sihir syiok sendiri. Ouhh, sangat rindu kelas nih!
- Aku rindu nak terjah sumer battle of the band pastu mate meliar dok cari washing machine ngan Mon! Ho-yeahh!!
- Aku rindu SEMUA AKTIVITI CUCI MATA dgn Mon.
- Aku rindu nak sing-a-long sumer lagu yang aku tau time battle of the band. Bertuahnya, drg slalu main lagu2 yang aku kenal.
- Aku rindu mase aku kuat semangat pegi camping walaupun mate bengkak selepas kematian nenek.
- Aku rindu nak bwat group assignment dgn orang2 yang best. Stay up mlm2, gelak2, cuak2, sumer same2.
- Aku rindu kehebatan aku bwat assignment individu. Erk, ahaa~
- Aku rindu housemate aku kat Alamanda sbb aku slalu mengadu sama diorang.
- Aku rindu Ujie yang slalu terjaga malam2 sbb dia tau aku slalu ader masalah tdo malam.
- Aku rindu tiap bulan aku semangat nak tolong belikan majalah REMAJA untuk Hani sbb aku nak jadi orang first yang kutuk cover depan! Yeahh!!
- Aku rindu jadi lebih emo dan goth dari skang.
- Aku rindu layan mp3 sewaktu hendak ke CAIS (nama timangan library) sampai orang tegur pun aku tak peduli.
- Aku rindu duduk di satu penjuru CAIS sambil study, sambil USHA2 washing machine. Ahaa~
3 other story teller(s):
nakal rupanya kamu masa kat UNIMAS dulu..
huhuhuh
rindu unimas
rindu manusia2 dlm unimas
rindu aktiviti unimas
huahuahuahuah
ammar, aku nakal dulu, kini dan selamanyer~ ehehe.
cik bit, rindu seh nak ronggeng sama! aihhh...
Post a Comment
Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!