Monday, February 16, 2009

Nyah Kau Manusia Kepala Setan!

Kau mengaku diri kau kawan, tapi kau tikam.
Kau jumpa aku senyum-senyum, tapi hati kau kotor.
Kau borak dengan aku, tapi kau cerita lain pada mereka.
Kau gelak ketawa sama aku, tapi otak kau jahanam.

Kawan ke, kalau tak reti jaga hati kawan?
Kawan ke, kalau belakang kau mengumpat?
Kawan ke, kalau kau pinta kehidupan yang aku tak mahu?
Kawan ke, kalau kau buta dan tak tahu aku sedang bahagia sekarang?
Kawan ke kau ni???
Taklah.
Kau MANUSIA KEPALA SETAN!
Aku doakan kecelakaan kau untuk hari ini, esok dan selamanya.


* Jangan risau, aku jarang berdoa. Jauh sekali dari termakbul doa ku ini.
* Korang pernah ada kawan macam di atas? Aku takde kot. Tapi saja mahu emo malam ni. Haha.
* Kenapa aku emo? Oh, kerana perasaan aku tak dijaga walaupun berkali ku kata tak suka. Takpe, aku masih boleh menanti bukti sayang yang tiada belah bahagi darab tambah dan tolak itu. TER-jiwang sebentar.

4 other story teller(s):

bongkersz said...

Chill dear.

Anonymous said...

laa..boleh pulak kata doa tak termakbul?? mana boleh kata gitu..doa tu akan berguna juga..ada 3 kemungkinan, satu: dikabulkan terus, dua: diganti dgn sesuatu yg lain.contoh: doa minta lulus exam, tp xlulus jugak,mungkin Allah taqdirkan hati tu kita kemalangan tapi Allah selamatkan disebabkan pahala doa tadi.(Allah ganti). tiga: Allah balas kat akhirat.(dapat pahala yg lebih besar dan baik..) so, jgn berhenti berdoa..berdoa itu otak ibadat. rujukla hadith ye.

atreyu strange said...

wei wei, i'm NOT A MUSLIM la wei!!! ergh!!~

*emo*

Anonymous said...

i think u shud mention at ur profile dat u r not a muslim..confusing sumtime..

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP