Thursday, March 19, 2009

Kenny Rise vs Deep B**ch

Kembali lagi dgn post rojak! Oh, abaikan itu title. Saje jew tu.

Aku cuma mahu mengutarakan pandangan aku tentang perkara yang diperkatakan di sini. Ada ke patut blogger ni kutuk aku?? Jom flag blog dia ramai2!! Wakakaka!!


Asalnya, aku hanya mahu komen di blog beliau, namun taip punya taip, panjang la plak kan komen aku nih. Oleh yang demikian, aku jadikan ia satu post di blog aku. Tuan punya blog ABWNIRL, meh la tengok! Ngee~

Taknak taip banyak lagi, berikut adalah sebab kenapa aku mengikuti Kempen Earth Hour tetapi bukan Kempen Boikot Israel.

Earth Hour:
  • Ada tujuan yang KHAS: Utk membentangkan usul yang lebih telus (tiada percampuran politik) bagi menggantikan protokol pejadah yang dah luput tu.
  • Ada target untuk dicapai: Mencapai 1 billion undi. Camne undi? Takyah buang undi, hanya tutup lampu selama sejam.
  • Pemahaman tentang kempen ini agak straighforward: Tiada agenda politik semasa menggubal polisi baru bagi mengawal sumber bumi bla bla bla (aku tak reti bab alam nih, tapi kamu fahamkan politik berada di mana2?)
  • Ada organizer. WWF. And structured.

Boikot Israel:
  • Apa tujuan?: Menyekat kemajuan ekonomi orang Yahudi supaya diorang takde duit nak bekal senjata.
  • Ada target untuk dicapai: Takmau tengok orang Palestin merana dan mahu tunjuk bahawa kita boleh survive tanpa mereka.
  • Pemahaman tentang kempen ini terpesong: Kebanyakan orang yang menyokong kempen ini tidak faham bahawa TAK SEMUA yang berbangsa Yahudi itu bertindak macam Zionis. Hapuskan satu bangsa itu wajar ke?
  • Ada organizer: Bawah tanah. What structure??

Earth Hour kali ni ada matlamat jangka pendek: Dapatkan 1 billion undi untuk pembentangan usul WWF di Copenhagen. That's all.

Bagi aku, perbandingan antara kedua kempen kurang tepat. Kalu Earth Hour, kita semua merasa benefit (termasuk flora dan fauna). Kalu Boikot Israel, bukan semua rase benefit. Will the Jews be stoned to death? Is it fair then? Banyak lagi negara yang diserang guerilla, ditawan bla bla bla. Takmau tolong diorang jugak?

Ok lah, aku memang mengada2 nak bagi alasan. Padahal takde yang kukuh sangat. Ini cara aku tafsir kot. Ilmu dunia, aku takde sangat.

Dah lah, kita berdamai. Tak damai, aku flag blog kamu! Ahaa.


* Aku cool. Kamu cool juga kan? *Nape aku rase kamu akan kate HOTT*. Jangan jadi macam isu ini yang berakhir dengan hati mati. Ahaa.
* Cik Pin yang sedang emo, jika perlu lagu yang emo, buzz me ok?

2 other story teller(s):

Anonymous said...

it's start with me and you.. yeah, us.. who need those protocol pejadah tu.. macam aku cakap, kalau mahu selamatkan bumi tak perlu minta pemimpin yang start.. kita yang start.. tak perlu undi.. berhenti guna CFC product, stop pollution and bla bla.. kalau sekadar undi tapi masih mencemar bumi, tiada guna kan?

aku kalau berdebat sampai ke situ je.. tak perlu terbawa-bawa sampai ke katil di kamar.. haha.. Aku kan professional..

atreyu strange said...

mangkok lah hang nih!

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP