Thursday, March 26, 2009

Surat Untuk Rakan-rakan

Selamat pagi rakan-rakan,

Apa khabar kau semua? Sudah beberapa hari tidak mendengar khabar. Maaf kerana tiada masa terluang untuk kita bermesra. Pagi ini pun, aku sekadar mencuri masa yang ada untuk menulis surat ini. Semoga kau dapat membaca isi surat ini pabila sudah bangun nanti. Bagus juga ya kemudahan untuk ber-belog ini.

Rakan-rakan, kehidupan ini sukar bukan? Namun, kita perlu juga mengharungi kesukaran itu. Aku pasti, ada sesuatu yang indah di hujung sana. Tapi, mana hujungnya? Terasa begitu jauh rakan-rakan.


Orang kata, serahkan semua ini pada yang di atas sana. Tapi sampai bila mahu menanti untuk perubahan? Biar sahaja aku lawan arus itu. Sungguh sukar rakan-rakan. Tapi aku tahu, aku perlu tabah. Begitu juga orang-orang di sekeliling aku. Tolong tabahkan diri kamu untuk aku, boleh?

Waktu begini, sungguh sakit rasanya pabila berdiri sendiri. Aku perlukan sokongan. Namun, aku padamkan saja niat itu bila aku lihat orang lain juga punya masalah. Aku tak tahu masalah siapa yang lagi besar. Tapi, aku memang tak suka akan perbandingan. Mengapa perlu banding? Apa, ia satu kejayaan jika kau punya masalah lagi besar dari aku?

Sakit. Fizikal dan mental ku sakit. Semua kerana mahu puaskan hati orang lain. Namun, kadang kala aku masih dianggap tidak membantu. Aku masih juga dikatakan pilih kasih. Aku penat, rakan-rakan. Apa perlu aku buat?

Terima kasih kerana membaca isi surat ini. Semoga kau dapat melalui hari-hari yang tidak dapat diduga ini. Ingat ya rakan-rakan, walaupun aku tiada di hadapan komputer untuk melayan kerenah anda, aku masih ada masa yang cukup untuk membaca belog anda. Tulislah jika mahu perhatian aku.


Yang mahu sampai hujung sana cepat-cepat,
Atreyu Strange

4 other story teller(s):

Unknown said...

huhuhuhu
ngapea enn??
jom..sharing is caring..
i want ur attention..
so i've blogged :)

CikPiN said...

saya rindu anda

zaidharis said...

kau kena ingat,
kau dah singgah keindahan,
namun,
i tetap datang dan pergi,
cuma,
suatu hari nanti,
keindahan datang menemani setiap hari,
nanti pasti.

atreyu strange said...

beeha dan pini, terima kasih.

zaid, terima kasih juga. *naseb baek aku paham maksud ko*

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP