Monday, March 30, 2009

Transformasi

Jika anda ingin membaca mengenai transformasi yang berlaku dalam Akademi Fantasia, ini bukan belognya. Cuba lagi.

Ini transformasi tentang hidup aku. Ketika aku sedang menaip ini, transformasi itu sedang berlaku. Namun, transformasi itu juga menjadi masalah pada aku. Terlalu banyak masalah sampai aku tiada fokus masalah mana yang harus aku selesaikan dulu. Bagaimana hendak diselesaikan juga aku tidak tahu. Jika aku tersilap langkah, masalah lain pula yang akan timbul.

Aku pening. Rasa seperti mahu muntah darah setiap kali terfikirkan masalah yang melanda. Mahu menangis tiada terdaya. Bukan di hadapan mereka semua. Aku bukan lemah, kau fikir. Aku sangat lemah, jawab hati aku.

Transformasi, aku mahu. Tapi ia bukan mudah. Aku anak sulung. Tanggungjawab aku besar. Kenapalah aku perempuan, bukan lelaki! Duit pula tidak datang berguling di hadapan aku. Tabah, cukup ke? Kusut, sangat kusut.

Rakan-rakan, dengarkan. Setan itu sudah tidak berfungsi. Waktu ini, si kacak mungkin sudah berada di Sungai Buloh bagi meneruskan pembelajaran. Si manja yang bulat itu pula, mungkin belajar di Puchong. Wanita yang membawa aku ke dunia, beliau masih mencari kekuatan.

Aku,
Masih di sini.
Mencari jalan penyelesaian...


* Kepada yang suka menyakiti hati aku, berhentilah walaupun seketika. Aku tidak terdaya kini.

Tolong.

4 other story teller(s):

ainkinz said...
This comment has been removed by the author.
ainkinz said...

jen.
jika ade pape, silala suarakan k.
ni url baru aku.

mishainkinz.blogspot.com

Aimar said...

nape kalau kamu perempuan? adakah terdapat perbezaan antara lelaki atau perempuan dalam menangani masalah ini?

dont worry, aku akan support kamu.. aku kan ada pengalaman dalam hal-hal camni.. hehe..

CikPiN said...

semoga pengorbanan kau terbalas dengan kemasnisan hidup masa hadapan.

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP