Thursday, March 05, 2009

Betul Betul Betul!


Takyah lah aku kasik sinopsis. Dah melambak kat dunia blogosphere nih. Ni jek aku nak cakap (sebab ni jek yang aku bleh ingat time tengah palau camni):


Best wohh!!
  • Uncle Muthu sangat bagus menyenaraikan menu makanan di kedai beliau. Sama seperti waiter2 kat Murni SS2. Haha.
  • Latar muzik yang dimainkan ketika Oopet meninggalkan Rajoo berkesan. Terasa sayu sebentar. Sebentar je lah sebab pastu si Upin ngan Ipin gi wat lawak plak! Lempang kang.
  • Jalan citer yang simple, mudah difahami semua lapisan masyarakat (tua, muda, miskin, kaya, gemuk, pendek, tinggi, kurus, hitam, putih, erk) dan penuh dengan lawak spontan. Tak macam citer Los dan Faun yang berbelit dan lawak dibuat-buat. Aku masih tak puas ati ngan filem tu. Huhu.

Ok la, korang kasik improve ini, ini, dan ini.
  • First thing yang aku perasan ialah pergerakan bibir dan pertuturan tidak selaras. Takpe, dimaafkan. Hanya orang mengade2 macam aku je yang suke mengadu pasal mende camni. Hehe.
  • Ketika bas yang Badrol dan Lim naik tu memulakan perjalanan, saiz bas tu jika aku bandingkan dengan saiz bangunan-bangunan bersebelahan adalah terlalu besar. Disengajakan? Tak tau la.
  • Pergelangan tangan Sally (nama dalam kad pengenalan: Salleh) pelik! Apakah ia juga disengajakan? Kalau benar pun, ia tetap nampak pelik! Macam bley putus anytime jek tu! Huhu.
  • Tak suke lagu yang dinyanyikan oleh orang-orang kampung tu. Tibe-tibe jadi cam citer Hindustan. Rasa cam nak tikam-tikam jek dada sendiri skrin panggung wayang.

Ok lah, tu je review aku. Bape bintang? Takyah kasik lah. Bersepah dah blog lain kasik bintang. Haha. Yer, aku jeles dengan Les' Copaque, ada masalah??

Ok, pashi pashi. Ape, korang ingat aku tak paham aper Oopet cakap?? Ceh. Underestimate aku!

* Apsal sejak kebelakangan nih post aku dalam bahasa Melayu?? Long live English! Lalala~

6 other story teller(s):

Aimar said...

kalau mahu tengok geng, kena bawa Jen.. dia boleh jadi jurubahasa.. tolong translate ape si Muthu sama Rajoo cakap.. hehe..

atreyu strange said...

ahaa. nasib baik aku masih memahami perbualan Rajoo dengan Sappy tu! kalu aku tak paham gak, adoihh, memang dasar tak sedar diri! hehe.

CikPiN said...

lawak la muthu..
singh pon lawak jugak..
sally pon..


ta kuasa aku..
hahahaha


GO SAPPY GOOOO!!!

Admin said...

kah3. cte ni cam bes jek. tapi aku tunggu ade orang upload kat net je la~ sabo2. nk sedut gak

CikPiN said...

ubey:: jangan buat begitu.. ini katun industri tempatan yang syiok abes.. pegila wayang..pegila..pegila..


**bagusnya aku tolong promo..las copaque kene blanje aku makan kat restoran geng nih~

atreyu strange said...

ishk ishk, ubey ubey. kalu nk sgt save bajet pun, pegi la nonton kat cinema ari rabu. huhu.

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP