Ini cerita basi tapi sebab nak cerita jugak ketidakpuashatian aku tu, aku cerita la jugak eh.
Malam minggu lalu akibat terasa mahu merayau, aku dan seseorang (siapa lagi la wei) pergi melepak di Dataran Merdeka. Kalau kau orang KL/Selangor, korang mesti tau tempat tu memang jadi
port orang melepak pada waktu tengah malam kan. Walaupun takde ape sangat nak tengok, kecuali golongan lelaki Melayu yang bajet Ah Beng dengan
speaker tak mahu kalah serta encik mat dan cik puan minah rempit yang berkeliaran, orang ramai termasuk mereka yang sudah berkeluarga serta monyet (sumpah ada orang bawak monyet!) memang suka lepak kat Dataran Merdeka menghirup udara yang tak berapa nak segar. Kami pun
join dua kaki memandangkan dah lama tak melepak di tengah2 kota metropolitan nih (ayat takleh blah sila abaikan). Seronok eh duduk melepak sambil makan Mamee Monster, bercerita tentang kisah semalam. Huhu. Lepas tu aku nampak
tourists lalu kat depan dataran sambil
snap2 photo; tersengih-sengih mereka tengok kereta yang macam-macam jenis kat tengah bandar camni. Tu lah awak, percaya sangat kitorang ni duduk atas pokok! Kan dah kene tipu dengan iklan merapu tu semua!
Ini FalkorOk, situasinya begini. Jalan ke arah Dataran Merdeka telah ditutup tetapi memang banyak gila kereta yang
parking bersepah kat Dataran Merdeka. Masuk dari mana, itu kena pandai2 idup la! Rempit pun ramai jugak.
Ehh, yang nak jual MLM pun ada! Siap isi2 borang atas bonet kete! Perghh.. Gigih betul mencari
downline di tengah malam buta!
Tetibe sedang aku sakit kepala tengok kereta
encik-yang-perasan-Ah-Beng yang bukak lagu dangdut, ok tipu, lagu
genre-yang-aku-taktau-tapi-selalu-leh-dengar-kat-bar-kot, ada pak polisi datang menghalau kami. Menggunakan
hailer dari dalam jip, pak polisi tu mintak kami semua bersurai. Ok, memang takde hal.
Ini Falkor dan kereta kawan ah-beng-wannabe TAPI TETIBE dia cakap “Apa yang seronok sangat melepak kat sini?”, “Ada tengok bangsa lain melepak kat sini?” Ok, ini sedikit melampau. Kalau nak mintak kami bersurai, cakap je “Sila bersurai”. Tak perlu
provoke lebih2.
In fact, ada kami memberontak masa pak polisi suruh bersurai?? Memang semua masuk kereta dan bergerak. Katakanlah ada sekumpulan samseng di antara kami yang ramai2 kat dataran ni, darah muda pulak tu, ada kemungkinan mereka serang je jip pak polisi tu kan?
Anyway, kenapa kerajaan tak nampak potensi Dataran Merdeka tu jadi
tourist spot at night? Although I don’t like kereta Ah Beng,
I think they ought to be given some highlights. Boleh buat
weekly event kat situ. Daripada diorang pergi
somewhere else where they serve boost and drugs, wouldn’t it be safer in the streets under the supervision of some authority? Tourist pun
excited tengok
something different about KL nightlife. Hey
even families lepak kat situ!
And by the way pak polisi,
there weren’t just Malays (if that’s what you were implying), there were Indians too. Ada satu bangsa je kat Malaysia ni, BANGSA MALAYSIA. Buat baik ke, jahat ke, semua pun kami sepakat ok! MUAHAHAHA!!