Wednesday, May 06, 2009

MLM: Katakan TAKNAK

Malam tadi, ada kenalan lama yang mesej aku. Aku tak kenal sangat dia nih, tapi sejak mendapat no telefon aku, suke betul ajak aku keluar. Terus terang cakap, aku cuak bila ada orang yang kurang dikenali tiba-tiba teringin sangat nak berjumpa aku. Aku tau la aku ni peramah, mesra, periang, suka berkongsi ilmu aku sebagai seorang Research Scientist yang mempunyai degree dalam bidang Cognitive Science dengan CGPA 3.36 *giler menganjing*. Tapi tiap kali orang yang kurang dikenali mengajak, aku berfikiran serong. Orang ni nak ajak join MLM ke?

Ergh. Aku SANGAT tak suke Multi-Level Marketing.

Mengikut pengalaman sendiri dan ahli-ahli Sepeket, sape2 yang join MLM, secara tidak langsung akan kehilangan kawan sedikit demi sedikit. Kalu tak hilang pun, menyepi atau pura-pura lost contact. Yang tinggal, upper management, downline dan member networking. Itu kawan juga. Tapi kawan yang punya niat dan kepentingan masing-masing.

Ketika aku masih menuntut ilmu di menara gading (giler skema), ada beberapa kawan aku yang join MLM nih. Nak cari duit lebih kata mereka. Aku paham, tapi aku sangat TAK SUKA dengan cara mereka mendapatkan modal mereka. Menipu sini, menipu sana. Duit PTPTN member sendiri digunakan. Yang lagi teruk, ada yang sanggup mintak dengan KAKAK kepada member sendiri dengan alasan mak ayah kat kampung nak gadai tanah sebab dah tak dapat sapot keluarga. Watdefak. Mungkin mereka tak kisah menipu sebab mereka rasa boleh pulangkan wang tu bila dah ada downline. Ahh, whatever, bila korang tipu je, aku dah hilang respek.

Cara kotor untuk mendapatkan downline membuatkan aku lagi menyampah, menyumpah dan err... ape2 lah! Sebijik kereta Celica ditayang2 depan restoran macam milik sendiri. Diwar-warkan pada budak-budak mentah bagaimana MLM telah mengubah hidup dia dari moto kapcai ke Celica. Ditekan-tekan jika mereka menjadi downline, 4 atau 5 bulan lagi you boleh la beli RX8 atau Fairlady idaman. Padahal, kereta Celica yang sama itu digunakan oleh ahli2 MLM yang lain untuk mengumpan downline masing2!


Aku tak berniat jahat nak kondem MLM yang tengah HOTT dan TOPP nih. Tapi, pengalaman mengajar aku supaya berhati-hati dengan mereka yang menjaja MLM. Kawan makan kawan. Tak pun, kawan makan kawan kepada kawan. Eh, paham ke?? Haha. Sori la kalau aku ada pembaca di kalangan famili ceria MLM. Jangan la tutup tab ni wei!

Aku juga ada kawan yang sudah berjaya mendapatkan kereta mewah idamannya hasil dari MLM. Tahniah! Cuma, aku harap kau fikirkan masa hadapan kau. Aku pasti kereta itu dibayar secara ansuran. MENIPU LA SANGAT KALAU CASH. *Ke kete kompeni??* Sampai bila boleh cari downline? Yer, aku tau, kalau cukup downline takyah cari dah. Duit masuk je tiap bulan. Tapi, apa jadi kalau downline quit? Ajak hasben kau berfikir sejenak, oke? ;)

Alamak. Niat aku untuk menulis entri pendek sudah menjadi panjang. Poin sebenar aku adalah untuk memberi amaran kepada mereka2 diluar sana yang sedang mencari downline.

JANGAN CARI AKU.

Kalau kau carik jugak, aku suh Aimar potong kasik anjing. Teruja sebentar.


* Apsal aku makin berfikiran lucah nih?? Sape ajar? Sape?? Sape?? SAPE???!!

8 other story teller(s):

C i k P i N said...

aku ta ajar. kompem.

aku suci..


weh.. aku bagitau "dia".. haha~

alibaizuri said...

sayangnya MLM ni hilang direction sebenarnya ehhehe... cause kalau kita kaji balik, they've got really2 good products.

anyway, i've lost a couple of friends just because i said "tak nak"... but come to think of it .. kawan aper macam tu kan?

about the celica debacle mmg betul.
my sis pointed this out to me dulu.

dalam flyers2 diaorang tu ... semua Beamers, Mercs, etc. ... tapi take a closer look at the plate numbers (yg mana tak padam lagi tu lar...) it's the same blardy car!

*sigh*
c'est la vie

atreyu strange said...

cik pin, bagitau la, bagitau la! haha.

alibai, cukup la sekadar tau member tu ada join MLM, mmg aku akan pikir 2,3 kali untuk keluar sama coz kalu slack sket jek, mmg friendship tu dead and gone ahh. huhu.

peja said...

woo..wo...wo...
ni lah entry plg aku suke!
pedas dan berasap!

atreyu strange said...

ahaha. peej, ko pasan x kete sape kat atas tu? lalala~

C i k P i N said...

itu kete fadilahlalala

atreyu said...

cikpin, ya betol! adeihh. mati aku kalu dia bc belog nih.

idayung said...

uittt...nape aku br bc blog ni wei...rugi2 xbc awl2 lg huuhu...

jennnnnnnnn...aku sudah pun t'kene waaaaa (T_T)...(nmpk sgt aku ni kurang matang n xmengambil ikhtibar langsung drpd kisah dlu2...)

but, life must go on...

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP