Wednesday, March 04, 2009

Ada Brani Ka Mau Keje Ngan Bos Haku?

Programmer kitorang dah letak jawatan dengan stailnyer.

Takde sebarang notis atau hint. Tiba-tiba member aku nampak surat letak jawatan atas meja programmer tu pagi nih. Pergh, terkejut kitorang sebab budak nih baru masuk bulan lepas. Tergamam sebentar taktau nak cakap camne kat bos. Tapi, pastu aku gelak. Haha. Elok lah tu, takde programmer yang brani mau keje dengan bos aku! Ape bos aku ni teruk sangat ke? Eceh, lagi mau tanya plak aku nih! Haha.

Bila ofiz manager masuk, aku terus cakap kat dia, tahniah! Mana tak nyer wei, ofiz manager nih tiap hari kene semburan ridsect yang memedihkan mata, HATI DAN TELINGA dari bos. Tapi beliau dah bertahan lebih 6 bulan. Aku lagi la wei (tahniah untuk diri sendiri) sebab dah tahan lebih setahun!

Masuk programmer yang baru letak jawatan nih, dah 3 orang kitorang guna untuk siapkan SATU sistem tu jek. Bukan tak leh siap cepat, tapi asyik tukar programmer punya pasal, keje jalan slow giler lah. Dan sebab demand2 yang tak munasabah dari bos aku, aku yakin, diorang rasa tak gune duduk sini lama2.

Sebenarnye, aku dah menyampah nak cari programmer baru sebab aku dah penat brief tiap programmer tentang projek dan sistem tu. Kalu aku nih programmer yang hebat, dah lame aku wat keje tu sorang2. Tapi sebab aku asyik multi-tasking kat ofiz yang slalu tak cukup kaki dan tangan, aku takleh nak fokus wat programming. Seyes, aku malas nak brief lagi dah.

Dan untuk kau-kau yang kat luar tu, kalau kau rasa kau hebat giler dalam ColdFusion, Adobe Flex dan ActionScript, sila lah hantar resume kau kepada aku. Tapi ingat, pekerjaan yang kau mintak ni bakal mengancam keharmonian mental anda! Tak caye sudah. Aku kasik warning jek dulu. Haha.

2 other story teller(s):

peja said...

aku rs aku nak apply la keje ni..
ok?

atreyu strange said...

takyah la wei. baek ko duduk senyap2 kat hutan tu. ini nasihat PALING ikhlas dari aku. haha.

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP