Monday, January 11, 2010

Susah aku, susah lagi mereka

Pagi tadi masa nak keluar rumah, aku seperti biasa bagi mak aku RM50 untuk belanja mingguan. Aku dah angkat beg nak blah gi kerja, adik aku cakap, "Akka, I need to buy the PBSM pants."

Mengeluh kecil. Dalam hati.

"How much?"

"Should be around RM30", mak aku menyampuk.

Mengeluh lagi. Dalam hati juga.

"Ma, I only got RM40. No more money in the bank. We buy the pants next week. I try to borrow from someone later." Dalam hati terfikir the boyfriend. Tapi hutang kereta beliau harus setel dulu. Tak boleh.

Pini, kau mesti boleh tolong aku kan? Thanks! Hak hak hak..




But that is least the point yang aku nak highlight dalam entri nih.

Aku nak mintak bantuan korang semua sebenarnya. Bukan untuk aku. Untuk rakan blogger. Aku dah lama mengikuti blog dia. Banyak informasi menarik, terutama bila dia memberi nasihat. Kadang2 sependapat, kadang2 aku tak setuju 120%! Tapi aku SANGAT jarang meninggalkan komen. 100 kali visit, 2 kali komen. I stalk the blog, but am a silent reader.

Baru-baru ni ada satu entri bro Megat yang betul2 buat aku tersentak. Buat aku fikir masalah aku di atas tu takleh nak compare LANGSUNG dengan masalah dia.

Bagi yang tak pernah mengikuti kisah bro Megat, beliau mengidap satu penyakit yang sangat sukar diubati. Sakit apa? Persoalan yang bagus. Kerana beliau sendiri masih tidak mampu menjawab. Yang pasti, keadaan kesihatan beliau telah banyak memberi impak kepada pekerjaan beliau sehingga dipaksa untuk berhenti kerja. Kalau dah sakit, kena berhenti kerja pula, mana nak cari duit? Takde duit, macam nak bagi duit belanja anak-anak? Makan bagaimana? Rumah pula?

Walaupun aku dilanda macam2 masalah keluarga, aku tahu masalah dia memang jauh lebih teruk dari aku. Aku baru dicabar untuk 8 bulan. Beliau dicabar Tuhan hampir (atau lebih?) 2 tahun. Dia sakit, aku tak sakit. Dia tak bekerja, aku bekerja. Memang tak adil kalau aku mahu mengeluh panjang pun.

Aku pasti entri itu adalah jalan terakhir untuk beliau meminta bantuan dari rakan2 blogger. Dia TAKNAK isteri dan terutama anak-anak yang suffer! Dia seorang bapa. Dan dia seorang bapa yang bertanggungjawab. Aku benar2 respek bro Megat dan mahu membantu sebab aku PERNAH mempunyai seorang bapa yang bertanggungjawab.

Tapi, nak belikan seluar PBSM adik aku pun takde duit, ni kan pulak nak memberi sumbangan kepada bro Megat. Bagaimana mahu tolong?

Nasib baik ada plan baeekk punya yang dimulakan oleh Ir. Hydir!

Setiap blog yang meletakkan ribbon yang macam kat sebelah tu akan secara tidak langsung menyumbang RM1 kepada bro Megat. Letak kat sidebar ke, mane2 yang visible selama seminggu sehingga 17/01/10 dan pastikan kita maklumkan kepada Ir. Hydir menerusi blog entri beliau.

So, aku letak ribbon ni untuk seminggu dan harap dengan RM 1 ni anak dia dapat enjoy makan pisang goreng yang panas2 dengan kawan2 kat skolah!

Korang taknak tolong ke? Nak tolong, baca sini.

Kalu korang ada duit terlebih-lebih, masukkan terus sumbangan yang berjuta-juta lemon tu ke akaun bro Megat ye!
No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman
Korang takut aku tipu ke? Aku tak paksa tapi dah ada banyak gila testimoni dari rakan2 blogger bro Megat. Plus, ia sangat mudah dilakukan. Cuma letak ribbon kat blog dan inform. Tak perlu pun tulis blog entri macam aku nih. Aku tulis pun sebab aku terfikir nasib diri sendiri. Uhuk2..

Psst, taknak tolong aku ke? Kwang3~



p.s. Nama sebenar bro Megat adalah seperti di atas. Megat hanyalah nama pena.

10 other story teller(s):

..nOj.. said...

yup dh baca beberapa blog... :(

Ir. hydir said...

thanks sbb join kempen Blogger We Care
rasa keprihatinan anda itu amat dihargai ..

Blogger We Care

atreyu strange said...

@..noj.., dah letak ribbon? Seminggu je pun.

@Ir. Hydir, no problem. Ini je yg saya mampu tolong. ;)

k3i said...

click kat nuff ad boleh tmbh earning dia kan? click click jela aku mmpu. huahua

atreyu strange said...

@k3i, kita buat yang termampu! *sebab diri sendiri pun kita tak termampu, kan? kan? kan?* haha!

AnonymousVisitor said...

yoy~ pasal benda ni dah menjadi satu perkara yang besar dalam dunia blogger tanpa sedar atau tak :)

dari tanah malaysia ke tanah riau pun sudah ada yang mengetahuinya

CikPiN said...

Eh, kau ada sebut nama aku ke?


ngeh3

atreyu strange said...

@AnonymousVisitor, wahh, begitu hebat penangannya! Huhu..

@CikPin, yer.. kekasihku seru. Eh eh..

deus X machina said...

aku pun dah letak juga=)

atreyu strange said...

@deusXmachina, orait! same2 kite bantu. tak berpeluh ketiak pun letak ribbon tu!

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP