Sunday, October 26, 2008

Bidadari Parking Lot

Seharusnya ku tulis entri ini beberapa hari yang lalu. Aku pasti rakan-rakan Sepeket ku menanti entri ini sejak hari Jumaat lagi. Namun, apakan daya, tidak terluang masa untuk aku menjenguk belog ku ini. Maaf ya, jika kalian telah dibiarkan menanti.

Ceritera bidadari parking lot adalah suatu kisah benar yang telah berlaku pada hari Khamis, malam Jumaat yang lalu. Aku telah berjanji dengan rakan-rakan ku untuk sama-sama melepak di kedai Pak Ali malam itu.

“Hoii!! Kami dah sampai!! Tempat biasa ya!” Terdengar suara ceria Affezah di hujung talian. Aku segera turun dari apartment menemui mereka. Melihat Fairuz yang agak-agak kotor, aku hanya mampu menggelengkan kepala. Aku membuka pintu belakang Fairuz, lalu duduk di sebelah Prof Ainnor (nama pena).

“Ish, bagaimana harus ku keluar dari tempat ini. Agak-agak sempit lah!” ujar Shefny yang sudah mula gabra sambil melihat cermin sisi dan cermin belakang secara bersilih-ganti.

Shefny menekan pedal gas sedikit demi sedikit. “Tak boleh ni. Fairuz hampir menyentuh kereta tepi ni,” kata Shefny dengan nada panik.

“Kau janganlah ke depan dulu. Apa kata kau reverse dulu,” kataku tanpa apa-apa rasa panik. Ya lah, bukan aku yang sedang membawa Fairuz, detik hatiku.

“A ah. Cuba kau reverse dulu,” kata Affezah. Lantas, Shefny meletakkan gear reverse, dan menekan pedal gas perlahan-lahan. Shefny mencuba lagi untuk keluar dari petak letak kereta, namun kurang berjaya.

“Tak boleh juga Affezah. Lampu Fairuz hampir mencium lampu kereta yang di tepi ini,” kata Shefny penuh keraguan.

“Kau jangan panik Shefny,” kata Prof Ainnor pula. Riak wajah Prof Ainnor sudah mula menunjukkan tanda-tanda kerisauan. Alaa, kau panik juga, gelak hati kecilku.

Aku menoleh ke belakang. Kelihatan sebuah kereta sudah berada di belakang kereta yang kami naiki. Aku melihat ke arah pemandunya. Beliau juga menjenguk keluar tingkap untuk melihat apa yang sedang berlaku di hadapan beliau. Sebaik sahaja beliau melihat kami sedang cuba untuk keluar dari petak letak kereta yang agak sempit dan dikepit oleh kereta depan yang telah meletakkan keretanya secara haram, beliau menepuk dahi sambil menggelengkan kepala. Senyum sinis terukir di bibirnya. Hek eleh, kerek lah lelaki ini, fikirku.

“Weh, orang belakang dah geleng kepala!” kata Affezah. Lantas, Affezah cuba membantu Shefny untuk mengendalikan Fairuz.

Reverse straight je.”
“Kejap. Aku cuba.”
“Bukan macam tu, ke arah sini stereng kamu itu.”
“Macam mana tu. Aku tak tahu lah!”

Tiba-tiba, “Adik, reverse ke belakang.” Seorang gadis tiba-tiba muncul di sisi pintu tempat duduk Shefny memberikan arahan. “Pusing stereng tu habis dulu,” katanya lagi. Shefny terus mengikut arahan.

“Boleh tak tutupkan dulu cermin sisi ni,” kata gadis itu. Shefny turuti sahaja. Kami terdiam dan hanya memerhati. Pasti lelaki di belakang kami sudah hilang kesabaran, lalu menghantar aweknya untuk membantu kami, kata hati kecilku.

“Ok, sekarang you reverse.”

“Lagi... lagi..opps!” Gadis itu menepuk bonet kereta, dan mengarahkan Shefny untuk membawa Fairuz maju ke hadapan.

Dengan bantuan gadis tersebut, Shefny berjaya membawa Fairuz keluar dari tempat letak kereta yang sempit itu. Masing-masing diam. Namun, di hati, kami terpegun dengan kesungguhan gadis itu membantu kami.

Sebelum berlalu pergi, kami mengucapkan terima kasih kepada gadis itu. Ketika Shefny sudah mula tenang dan kami memulakan perbualan tentang betapa bersungguhnya gadis itu membantu kami, aku menoleh ke belakang untuk melihat reaksi lelaki yang kusangkakan teman lelakinya. Namun, gadis itu tidak pula masuk ke dalam kereta itu. Gadis itu berlalu pergi dari tempat kejadian.

“Laaa...aku ingatkan dia awek lelaki kereta di belakang kita tu. Rupa-rupanya tidak!” ujarku.

“Eh, bukan dari kereta belakang ke? Aku ingat awek mamat tu!” kata Affezah pula. Shefny dan Prof Ainnor juga melahirkan perasaan yang sama.

“Jika dia bukan dari kereta itu, dia dari mana?” tanya Shefny.

“Nampak macam dia ke tempat lain tu,” kata Prof Ainnor melihat gadis itu yang sedang berlalu pergi dari cermin belakang kereta.

“Wah. Dah la cantik, baik hati pula tu!” kata Shefny, memuji gadis itu.

“Ohh, boleh tak kalau aku jatuh hati dengan gadis itu?! Ahaa!” kata Affezah pula.

“Oi, agak-agak la wei! Nabil ko nak letak mana?!” kataku pula.

“Perasan tak, tiba-tiba kita semua terdiam tadi Macam bidadari. Membantu disaat memerlukan!” Kata Prof Ainnor pula dengan penuh syahdu.

“A ah. Betul tu! Macam bidadari! Wow.” Sampuk Affezah lagi.

Begitulah ceritera Bidadari Parking Lot. Aku malas untuk menulis apa lagi yang berlaku setelah itu. Yang pasti, kami asyik berceritakan tentang gadis itu sehinggalah kami tiba di kedai Pak Ali. Gadis itu telah memberikan satu impak kepada kami berempat yang berada dalam kereta ketik itu. Gadis itu telah datang membantu di saat kami memerlukan, dan pergi setelah membantu. Tidak sempat pula untuk kami bertanyakan nama, mahupun nombor telefon. Erk.

Akhir kata, minta maaf jika penulisan aku kurang memberangsangkan daya imaginasi anda tentang keadaan ketika itu kerana aku hanya menulis ikut suka hati aku. Aku juga tidak tahu mengapa aku tulis entri yang begitu skema kali ini. Mungkin aku banyak sangat mendengar lagu indie melayu sejak kebelakangan ini. Mungkin juga kerana aku terpengaruh dengan rakan-rakan aku yang suka menggunakan ayat-ayat skema dalam perbulalan kami. Mungkin juga aku mahu mengatasi kehebatan seorang budak lelaki Cina dari Universiti Malaya yang menulis blog beliau dalam Bahasa Melayu walaupun aku tak kenal beliau dan hanya mengetahui tentang kehandalan beliau melalui seorang rakan. Entah lah. Tapi yang pasti, aku sudah penat menaip. Adik laki pula sedang menunggu masa untuk menggodam laptop aku ni. Biarlah aku beri laluan kepada nafsu godam adik laki ni. Hehe.

Oh ya, kepada rakan-rakan Sepeket yang terlibat dalam pembikinan kisah benar di atas, maaf la, aku pening la, aku tak pasti siapa yang menyatakan hal bidadari itu dulu! Korang gaduh lah kat komen aku. Aku nak tengok je. Ngeh3~

Dan satu lagi, kalu ayat-ayat yang telah disebut tidak seperti yang telah digambarkan di atas, maaf juga ya. Aku memang sengaja. Aku cemburu. Lalala~

6 other story teller(s):

Anonymous said...

meng*ng punye jen!!!
ko kutuk Fairusz ye???
aku haramkan kaki ko masuk fairusz kang baru taw..
huh!!~

na kene sebat agaknya die nih..

nasib bek lucu juga penulisan itu~

Anonymous said...

wei2..
ko terlupa menceritakan betapa tulus mulusnya muka bidadari tu..betapa cantik dan comelnyer dia..betapa lemah lembutnyer dia..betapa terpegunnya kite pd mase tu dengan kecantikan dia..

gile ah! kite yg pompuan ni pun terpegun ape tah lelaki! hish..penangan yg mantap! nasib aku xde abg..kalo x lame dah aku mintak no phone dia bg kat abg aku..huhu

atreyu strange said...

rilek ar pin, tu pasal ia hanya "dikatakan dalam hati". kalu aku ckp terang2, mmg aku dh kene ban lame dh naek fairuz tue. ngeh3~

time kasih la peej, kerana memberi deskripsi yg lebih jelas ttg bidadari itu. aku x reti bab2 nk puji kaum sejenis. erk.

p.s. ini keje korg pagi2 masuk ofis ek. baca blog dulu! haha. kantoi~

Sweet Thinker said...

lelaki yg geleng kepala akoo.
awek tue awek akoo. akoo suh dia wat balik beemer satu lagi kat jalan sebelah. sekian.

@http://globe.thinker.my

atreyu strange said...

Laaaa...ko ke ST? Ko ni kerek la jgk ek!

Weh, mtk no awek ko. Aku nk kasik kat abg angkat aku. Erk.

Sweet Thinker said...

haha. awek akoo nk kasik kat abg angkat ko. ko jd ape? jd awek akoo eh? huuu. bley2. no dia 999! bitaw dia nk ckp dgn siti nurhahaliza.

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP