Thursday, August 19, 2010

Malam Minggu Lalu

Ini cerita basi tapi sebab nak cerita jugak ketidakpuashatian aku tu, aku cerita la jugak eh.

Malam minggu lalu akibat terasa mahu merayau, aku dan seseorang (siapa lagi la wei) pergi melepak di Dataran Merdeka. Kalau kau orang KL/Selangor, korang mesti tau tempat tu memang jadi port orang melepak pada waktu tengah malam kan. Walaupun takde ape sangat nak tengok, kecuali golongan lelaki Melayu yang bajet Ah Beng dengan speaker tak mahu kalah serta encik mat dan cik puan minah rempit yang berkeliaran, orang ramai termasuk mereka yang sudah berkeluarga serta monyet (sumpah ada orang bawak monyet!) memang suka lepak kat Dataran Merdeka menghirup udara yang tak berapa nak segar. Kami pun join dua kaki memandangkan dah lama tak melepak di tengah2 kota metropolitan nih (ayat takleh blah sila abaikan). Seronok eh duduk melepak sambil makan Mamee Monster, bercerita tentang kisah semalam. Huhu. Lepas tu aku nampak tourists lalu kat depan dataran sambil snap2 photo; tersengih-sengih mereka tengok kereta yang macam-macam jenis kat tengah bandar camni. Tu lah awak, percaya sangat kitorang ni duduk atas pokok! Kan dah kene tipu dengan iklan merapu tu semua!

Ini Falkor


Ok, situasinya begini. Jalan ke arah Dataran Merdeka telah ditutup tetapi memang banyak gila kereta yang parking bersepah kat Dataran Merdeka. Masuk dari mana, itu kena pandai2 idup la! Rempit pun ramai jugak. Ehh, yang nak jual MLM pun ada! Siap isi2 borang atas bonet kete! Perghh.. Gigih betul mencari downline di tengah malam buta!

Tetibe sedang aku sakit kepala tengok kereta encik-yang-perasan-Ah-Beng yang bukak lagu dangdut, ok tipu, lagu genre-yang-aku-taktau-tapi-selalu-leh-dengar-kat-bar-kot, ada pak polisi datang menghalau kami. Menggunakan hailer dari dalam jip, pak polisi tu mintak kami semua bersurai. Ok, memang takde hal.

Ini Falkor dan kereta kawan ah-beng-wannabe


TAPI TETIBE dia cakap “Apa yang seronok sangat melepak kat sini?”, “Ada tengok bangsa lain melepak kat sini?” Ok, ini sedikit melampau. Kalau nak mintak kami bersurai, cakap je “Sila bersurai”. Tak perlu provoke lebih2. In fact, ada kami memberontak masa pak polisi suruh bersurai?? Memang semua masuk kereta dan bergerak. Katakanlah ada sekumpulan samseng di antara kami yang ramai2 kat dataran ni, darah muda pulak tu, ada kemungkinan mereka serang je jip pak polisi tu kan?

Anyway, kenapa kerajaan tak nampak potensi Dataran Merdeka tu jadi tourist spot at night? Although I don’t like kereta Ah Beng, I think they ought to be given some highlights. Boleh buat weekly event kat situ. Daripada diorang pergi somewhere else where they serve boost and drugs, wouldn’t it be safer in the streets under the supervision of some authority? Tourist pun excited tengok something different about KL nightlife. Hey even families lepak kat situ!

And by the way pak polisi, there weren’t just Malays (if that’s what you were implying), there were Indians too. Ada satu bangsa je kat Malaysia ni, BANGSA MALAYSIA. Buat baik ke, jahat ke, semua pun kami sepakat ok! MUAHAHAHA!!

6 other story teller(s):

Ahkak Geli said...

ramai ye lepak situ?

kat situ bole bukak booth tak?aku nak niaga air cendol ngan keropok goreng la

atreyu strange said...

@Miss Geli - ada budak kecik jual snack dalam troli dowh! huhu~

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Hello Jen! =D

Aku suka lepak2 kat situ gak masa zaman muda mudi.. wakakaka..
Jgn tanye aku buat ape k! =P...

Anna Boleyn said...

aikkk...racist gile kot pak polisi tu. adeyh~ tp dataran merdeka mmg best lepak memalam. ramai je lepak bukan anak2 muda je..yg family pon sama.

Anonymous said...

buat jahat...melawan polis..memang tak kira bangsa.hhhhaha

atreyu strange said...

@Shahrul - Sooo.. hang buat apa kat situ? Hehehe..

@Anne - Tepat! Mmg ada yg bwk family pun mlm tu.

@fndrocka - Memang pun! :P

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP