Sunday, March 07, 2010

Apejadah Glomobi nih??


Masa aku balik umah kat Shah Alam dua minggu yang lalu, mak aku komplen yang adik laki aku ade download something masuk fon. Mak aku suspek, adik laki aku nampak iklan Glomobi kat tv tu. Dah tu, kene tolak kredit sampai RM 4. Yang lagi menarik, apa yang didownload tu, kitorang taktau sebab takde ape pun yang masuk. Tanya adik, dia tanak jawab. Tanak jawab atau taktau apa yang dia tekan? Ntahlah. Mak aku dah tegur adik aku masa tu, jadi aku malas nak amik port sangat.

Ari rabu lepas, mak aku SMS. Mengamuk dah orang tua tu. Haha. Kali ni, kredit kene telan RM 4 lagi. Aku suspek, tiap minggu kredit ni akan kene telan. Mak aku tanya camne nak stop benda tu. Aku suruh dia check nombor penghantar SMS tapi dia cakap takde. Takde atau taktau nak check? Hehe, ntahlah. Nak suh dia tengok iklan tu untuk dapatkan nombor termination tapi takkan dia nak masak, makan, mandi, tidor depan tv sampai nampak iklan Glomobi tu kan.

Aku pun cari lah solution kat internet. Masuk website Glomobi, godek2 jap, pastu jumpa nombor 5 digit. Ah, tak lepas nak beli Toto. Eh eh, that’s not the point!

Aku pun SMS mak aku.

“Try STOP and send to 33388”

Mak aku pun try. Dan berjaya. SMS pemberitahuan berhenti melanggan sudah pun diterima.

Oh, ape point citer nih? Ahh, aku cuma nak menyatakan ketidakpuashatian aku terhadap iklan Glomobi yang terlampau mudah menipu mempengaruhi budak kecik macam adik laki aku yang berumur 10 tahun tu. Dah tu bila dah langgan, apa yang dilanggan pun kitorang taktau. Kredit nak tolak tiap minggu sampai RM 4. Kat satu forum yang aku sempat baca semasa mencari solution utk terminate, ada budak tu tak sedar kredit kene tolak sebab pakai postpaid. Tiba2 hujung bulan, mak ayah dapat bil sampai RM 300. Semuanya gara2 melanggan benda yang ntah pape macam ni.

Bila nampak iklan ni kat tv, korang nasihatlah terus adik2, mak dan bapak korang supaya jangan terpengaruh dengan iklan ni semua. Kalau nak sangat lagu pelik untuk henpon ke, SMS kuar bunyi chipmunks ke, meh sini, bagi aku lagu, aku tolong buat remix FREE bagi kat korang.

Oleh itu, jauhilah televisyen. Eh, apakah.


p.s. Minta dijauhkan dari komen pasal budak kecik ni tak patut bagi dia pegang fon. There’s a personal reason why my brother has to have one. Thanks.

5 other story teller(s):

luq said...

tah pape kan mende ni..
sedangkan kat internet bayk je free tinggal nak download je..
buat ape nak beli

Anak Perak said...

owg yg buat iklan tv 2 untung ribu2 tiap2 bulan. best gak bt benda ni.hehe..

CikPiN said...

aku tgk iklan tu pun rasa menyampah. itu belum lagi iklan "ON CINTA" "ON SAHABAT" aku rasa sape yang langgan kompem tgh terdesak+sangap+banyak wang.

atreyu strange said...

@luq - mungkin mereka xde kemudahan internet? huhu. tp adik aku ni, aku rasa dia buat out of curiosity.

@Anak Perak - hamboi2..

@CikPin - uhh, iklan Glomobi irritating! tp sbb adik aku suke main game, dia pun try la ON.

and yeahh, sape yg langgan ON CINTA, ON SAHABAT mmg desperate! erk~

Anonymous said...

THANKS 4 DE SOLUTIONS....

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP