Wednesday, December 09, 2009

Bukan Aku Tak Bersungguh

Semalam aku terasa begitu fakap bila aku masih dikatakan tidak bersungguh mencari kerja. Sudah berulang kali aku katakan pada orang itu, bukan aku tak cari, aku cari, cuma tidak nampak peluang lagi.

Dari pagi tadi aku mengadap perisian Microsoft Word yang mengandungi dokumen yang perlu aku submit petang nanti. Tapi dari pagi tadi juga, dokumen itu masih kosong tidak terisi. Mata mengadap papan kekunci tapi otak entah ke mana. Aku rasa sungguh terkilan bila dikatakan bertindak macam acuh tak acuh hal mencari kerja. Ia buat aku berfikir jika aku memang tidak layak untuk apa-apa pekerjaan pun kat dunia ni. Teruk sangat ke resume aku sampai takde employer yang nak pandang?

Satu ketika dahulu bila aku masih fresh dari universiti, aku grab je kerja yang mendatang. Sebab tu bila aku habis je praktikal, aku terus dapat kerja. Dan bila kontrak kerja tu habis, aku terus dapat masuk company skang nih. No break AT ALL. Kerja kat sini memang sangat susah. Hanya bekas-bekas pekerja dan kami yang masih di sini sahaja yang tahu betapa teruk tekanan di sini. Tapi aku fikir, aku masih budak entri level*, banyak yang boleh aku pelajari. Biarlah syarikat nih jadi stepping stone aku untuk pergi lebih jauh.


Tapi nak pergi lebih jauh itu bukan mudah.


Bila aku sudah selesa dalam bidang penyelidikan nih, aku tekad untuk mencari pekerjaan yang berkenaan dengan penyelidikan juga. Tapi, kau cubalah taip "research" kat search bar Jobstreet tuh. Banyak mana je kerja "research" yang betul-betul melakukan penyelidikan? Tambahan pula, bidang penyelidikan aku bukan penyelidikan dalam makmal. Susah ok. Sangat susah. Janganlah fikir aku tak bersungguh. Cuma susah mencari pekerjaan yang kena dengan bidang aku.

Bila gaji aku dah meningkat sejak bekerja di syarikat ni, aku rasa sangat susah untuk melompat. Banyak syarikat di luar sana me-rejek permohonan kerja aku disebabkan gaji aku yang sudah agak tinggi. Gaji aku skang tak sampai 3k pun. Tapi mungkin mereka rasa, budak hingusan** macam aku tak layak dapat gaji tu. Pernah aku pergi satu interview, bila dia dengar je gaji aku, dia kata akan call me back, tapi tak pernah call me back.

Aku bukan demand tinggi sangat pun. Kalau diorang offer nak maintain gaji skang pun aku tak kisah. But I can't go lower due to personal reasons that only loyal readers of this blog would understand.


Aku TAK MAHU melompat semata-mata kerana aku rasa tertekan di sini.


I'm waiting for the right one.
Aku mahu pekerjaan yang benar-benar sesuai dengan aku. Yer, aku memilih. Tapi aku tak mahu jadi staf yang keluar masuk ofiz semata-mata mahu gaji di hujung bulan. Aku mahu rasa puas hati dengan kerja aku. Aku mahu rasa ada tanggungjawab terhadap kerja aku.

Bukan aku tak bersungguh, aku bersungguh mahu menukar pekerjaan sekarang ni. Tapi aku tak mahu melompat semata-mata kerana aku tertekan kerja di sini. Kalau lah kau faham apa yang aku tulis nih. Kalau lah.. Jangan minta aku ulang lagi.


Kau faham tak? Haishh..


*Budak entri level bermasuk graduan universiti yang masih fresh.
** Hingusan di sini bermaksud mempunyai kelayakan setakat Bachelor's Degree.

2 other story teller(s):

Unknown said...

btol da apa yg ko buat
tunggu la
jgn lompat sbb tekanan
kami da tgk resume ko
tp..
stendet laa
lembab la sket..

The Aku said...

sapa suh melompat ni? letih taw lompat2. cuba doa manyak2 mintak ihdinassirotolmustaqim (tunjukla jalan yg lurusssssss). Gerenti sok tu ko dpt offer keje best. Ngee~

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP