Hari ini kali pertama aku melangkah kaki ke penjara.
Melihat keadaan dalam bilik melawat banduan, macam-macam perasaan dirasai. Melihat orang yang dilawat oleh keluarga aku, memang dia tak bermaya. Mungkin dia makin sayu melihat kehadiran isterinya dan hanya mampu berbual di telefon sambil melihat sahaja anak tiri di sebelahnya. Sekeping cermin yang tebal memisahkan mereka.
Ketika di bilik itu, ada yang menangis, ada yang tertawa. Tapi tak kira apa yang mereka rasa, aku tetap rasa sebak. Kalau yang menangis, aku merasai rindu mereka pada yang tersayang. Kalau yang tertawa, aku merasai sakit yang berselindung di sebalik wajah gembira itu.
Tak terbayang jika ada orang yang tersayang di sebalik cermin tebal itu. Aku harap aku tak perlu melaluinya.
Kawan-kawan, jauhkan diri dari jenayah, ya?

1 other story teller(s):
sape yang famili kau lawat??
mudah2an aku tak terlibat.
Post a Comment
Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!