Tuesday, June 16, 2009

Bengang

Aku sebenarnya sangat bengang sekarang ni.

Jap, jap.

Aku sebenarnya DAH LAME SANGAT bengang pasal hal ni.

Ok, itu baru betul.

Aku bengang sebab aku ade staf senior yang kurang yakin dengan dirinya.

SALAH lagi.

Aku bengang sebab ade staf senior yang sekali dah ajar, tapi asyik LUPA dan ulang balik soalan tersebut!

Yeahh, itu baru betul!

Aku juga bengang sebab dia tak dengar kata. Dah kerja di sini hampir setahun pun, tidak memahami rentak bos. Suka ikut kepala sendiri bila buat kerja.

Seperti satu ketika dahulu, aku nasihatkan dia supaya letak item A dalam checklist. Tapi beliau degil dan kata tak perlu. Bila checklist dibawa kepada bos, bos melenting. Sape kene tempias? AKU JUGAK!

Bukan aku nak berlagak agar dia dengar cakap aku. Tapi sebab aku tahu itu adalah kehendak bos. Sekali bos cakap mahu item A, PASTIKANLAH item A tu ada dalam checklist. Siapa staf tu untuk mengubah keputusan bos, bukan?

Bila dah salah, bukan dia sorang yang kene hambur, aku juga akan terlibat secara tidak langsung! Aku benci ok. Itu bukan masalah aku sepatutnya! Dah berkali-kali tegur, masih nak buat kepala sendiri! Tak serik-serik ke kene tegur tu?

Aku geram betol bila staf sokongan buat hal macam ni. Kerja aku dah la bertimbun. Yer, aku salahkan kau, Cik Raudha! Nape kau letak jawatan tiba-tiba, ha??!! Jawab, JAWAB!!!

Eh, tak lah. Aku tak salahkan kau, Cik Raudha. Hehe. Saje je nak kasik kau terasa kejap. Ahaa. Hakikatnya, aku tumpang lega untuk kau. Sebab tak perlu la kau ASYIK BAZIR DUIT semata-mata nak jaga hati bos, betul tak? Lupa ke, kau dah bazir duit pegi kelas malam bahasa Inggeris serta buat paspot tu. Huhu.

Ah, balik kepada isu sebenar. Ergh, aku tetap tak puas hati. Aku sangat geram sebab banyak kerja dia, aku kena buat. Tapi, aku sangat PASTI, selama ni aku tak pernah merungut bila disuruh siapkan kerja orang. Aku tau mereka tak kompeten, jadi aku tolong selesaikan kerja mereka. *Merungut manje2 dengan boipren tak kira sebagai rungutan ok!*

Tapi baru-baru ni aku sangat hampa, bila dia salahkan aku sebab bos tak bagi dia cuti 4 hari, tapi 2 hari je. Dia kata kerana aku nak sangat buat proposal projek tu, bos suruh dia tolong aku. Oh, memang sangat babi-lah pemikiran kau tu! Baru nak tolong sket, dah macam BANYAK GILE yang ditolong! Bos aku pun satu. Patutnye bagi jek cuti tu kat dia. Dia takde fungsi pun masa tu. Membantu apejadah kalau aku terpaksa rombak balik bajet yang dia sediakan tu!

Haihh, aku tahu aku salah sebab mengumpat pasal dia dalam belog aku. Aku tahu korang rasa aku pengecut sebab hambur kat sini, tapi depan-depan tak berani plak. Hah, memang aku pengecut pun! Erk.

Sebenarnya aku menulis mengenai staf senior ini supaya dijadikan pengajaran buat kita semua. Bos aku dah naik menyampah. Hari-hari aku kene dengar bos aku mengamuk pasal prestasi kerja staf senior ni. Tapi bos aku tak pecat lagi sebab tengah kurang kaki dan tangan. Hehe.

Bila kita berada dalam syarikat yang baru, dengan suasana tempat kerja baru, kita kena lah cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran kita.

Kalau dulu korang bos, tapi bila masuk syarikat baru, korang jadi kuli, belajarlah bekerja macam kuli. Jangan asyik berlagak macam bos.

Kalau dulu, korang tak pernah troubleshoot printer, tapi kat syarikat baru korang kene belajar troubleshoot printer, korang belajar la. Tak mati pun kalau bukak manual printer.

Dah lah. Cakap banyak pun tak gune. *Padahal entri dah panjang!*

Korang rasa korang ni pekerja macam mana?

Adakah korang malas? Lembab? Mudah lupa? Bersikap acuh tak acuh? Bersikap macam kuih talam? Degil, tapi tak bertempat? Berperangai macam babi?

Jika korang ada jawab YA kepada SEBARANG soalan di atas,
AKU BENCI KAU lah!!


* Sakit gigi seh. Harap tak perlu jumpe dokte gigi. Aku benci perkakas-perkakas dalam bilik dokte tu! Mereka jahat! EVIL!!!
* Kamu, jangan la majuk. Please.

9 other story teller(s):

alibaizuri said...

*Merungut manje2 dengan boipren tak kira sebagai rungutan ok!*

* Kamu, jangan la majuk. Please.


alaa... cute nyer =)

atreyu strange said...

Adehh, Alibai nih.. Lain yang aku nak sampaikan, lain yang ko nampak ek!

alibaizuri said...

sebab yg ditujukan tu bukan i =)

k3i said...

biasa la tu kalo bengang2 kat tempat keje.
ade ke tempat keja maha best?? ish, mmg xde kot...

bengang kat blog?? yeeha!! tu yg best. xde sekatan. haha

alibaizuri said...

k3i.
tempat kerja maha best? ada. i went through it once. mmg heaven! =)

cuma for personal development, terpaksa la meninggalkan tempat tu.

tapi marah kat blog bahaya.
some places monitor employees' blogs.

atreyu strange said...

k3i, aku rindu time keje kat ocbc. sgt heaven! keje 9-5. bos siap ckp, after work, DONT THINK of work! huhu.

alibai, worry not, this blog has been 'customized' to avoid being detected by bosses. haha!

Aimar said...

tempat kerja aku maha best.. boleh tidur, boleh surfing sampai lebam, boleh cabut.. tapi yang tak bestnya kena stand by 12 jam..

k3i said...

HEAVEN?? wuishhh!!! sungguh tak aci ni!!
jeles jeles...

tempat keje sekarang ok, cuma ada hari tertentu yg sgt menyakitkan jiwa raga. nak blah, takut tmpt yg baru lagi 'neraka'. so, stay sampai larat. haha.. and i'm still in process to adapt. :)

Unknown said...

alamak..
jen benci aku..
aku dah jawab YA dlm soalan ko td..
mcm mna nih?
sila jgn benci aku..huhuhuhu


**acuh x acuh kepada perkara yg aku rs aku x perlu semakkn fikiran sangat :)

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP