Monday, August 09, 2010

Keluarga Mak

Dah hampir dua minggu tak update blog ni. Pegi MTV World Stage aritu pun tak sempat update. Senang citer, takyah update lah oke? Lagipun, mase MTV World Stage tak berapa nak enjoy disebabkan kaki yang agak-agak tempang ketika itu. Huhuhu..

Tapi nak dijadikan cerita lagi (yer, memandangkan dah lama tak update korang), aku demam la pulak minggu lepas! Dari hari Selasa sampai ke hari Jumaat. Dokte kat tingkat 15 yang susah nak bagi MC tu pun merelakan aku cuti sakit 2 hari bai! Hari Jumaat patut dapat MC gak tapi memandangkan aku ni suka berlagak sihat, maka aku pun masuk kerja dalam keadaan separa sedar. Heh.

Alaa apa aku merepek ni. Aku sebenarnya nak bercerita pasal keluarga mak.

Jadi siapa keluarga mak ni?

Hampir lupa masa kecik2 dulu, aku suka bermanja-manja dengan keluarga mak (angkat) yang berjiran dengan kami. Walaupun umur masa tu mungkin baru setahun lebih atau dua, aku masih boleh ingat aku suka mengada-ngada dengan keluarga mak. Lepak rumah mak memang dah biasa sangat. Setiap hari aku ke hulu ke hilir antara rumah aku dengan rumah mak yang hanya beberapa tapak jauhnya. Semua anak-anak dia manjakan aku. Kejap orang ni dukung, kejap orang tu dukung. Ye lah, aku kan comel masa kecik-kecik dulu. Haha. Petang-petang suka pergi berjalan dengan kak Jie (anak mak). Lepas tu kalau abang (anak mak) nak dating sama bini dia, mesti bawak aku skali, konon-konon nak blaja jaga anak. Kecik-kecik aku dah jadi bahan eksperimen. Takpe, janji aku dibawa ke zoo tengok monyet. Monyet?! Ahh!

Hari Sabtu lepas sempat jumpa mereka kat Merlimau masa kami nak anta adik laki aku sambung belajar kat kolej XXX, Melaka. Jadi segan pulak jumpa diorang sebab tak jumpa lebih 20 tahun. Banyak betul cerita yang diorang bukak pasal aku. Siap tunjuk album gambar lama aku bergambar dengan diorang. Lepas tu cerita pasal aku nangis teresak-esak waktu diorang pindah balik Melaka. Pasal aku kalau takut langsir rumah bergoyang, aku mesti lari masuk rumah diorang sebab rumah diorang langsir tak bergoyang. Yer, aku penakut masa kecik. Kalau aku dengar bunyi tarian singa dari jauh pun, aku dah lari sembunyi dalam bilik sembahyang! Hahaha..

Tapi yang paling menyentuh perasaan bila mereka cerita pasal hidup berjiran dengan keluarga aci (keluarga nenek aku). Diorang berjiran dari tahun 60an hingga 80an. Dengan penuh perasaan bangga diorang cakap, “Mane lagi nak jumpe Melayu duduk, baring, bergolek2 dalam umah aci? Anak mak keluar masuk umah aci macam masuk umah keluarga sendiri. Kita dulu memang rapat dengan keluarga aci. Kalau malas nak keluar bilik, mesyuarat tingkap pun jadik lah!” Waktu suami mak baru meninggal dunia pun, yang pergi ambil anak-anak dia dari sekolah pun adik-beradik ayah aku. Sampai ada cikgu sekolah yang panik tengok laki India mana pulak yang nak kidnap anak-anak mak dari sekolah masa tu. Huhu.

Banyak jugak benda yang diorang tahu pasal keluarga nenek aku. Semua nama pakcik, makcik aku diorang ingat. Siapa pernah gaduh dengan siapa pun diorang tahu. Huhu. Tapi aku memang bangga dengan keluarga mak. Walaupun jumpa diorang sekejap je, aku tau mereka sangat memahami erti kejiranan – sesuatu yang kita dah kurang praktikkan sekarang. Dan yang paling penting, mereka faham erti hidup muhibbah bersama kaum lain.

Terima kasih mak dan keluarga. Kalau semalam aku rasa tanah tempat aku lahir ni sudah tiada harapan untuk perpaduan kaum, perjumpaan dengan mak sekeluarga mengubah persepsi tu.


Mak, yang duduk berkain batik tu ler.


8 other story teller(s):

Lack_of_SouL said...

hmm terharu baca cerita ko. Tapi skarang aku tau la nape ko takut dgn rumah yang tirai bergoyang on the way ke Telok Cempedak tu.... rupanya kenangan dari zaman kecik ko rupanya... hehhehe...

..nOj.. said...

aduhh tersentuh hati weh. ekceli aku pun penah ade pengalaman gini. aku membesar ngan keluarga cina dan india gak. hubungan kejiranan ktorg memang rapat. tapi skang memasing dh beso, mungkin agak malu2 bile nk jumpe kembali. hurrmm

fndrocka said...

Aku dengki, cemburu dan jeles tahap teruk kat jiran aku.sebab dia ada jiran yg kacak macam aku.

fndrocka.wordpress.com

atreyu strange said...

@aye zee - noooooo!! that was not the reason! =.=

@noj - knp malu nk jumpa drg skang? ni mesti masa kecik slalu wat nakal nih!

@fnd - cehh siot je!

Frodo Baggins said...

>>___<<


wa x pnh nak malu setakat ni bertepok tampar
dengan member jiran seblah mnyeblah lg apek chieng
keh3x ...



((tp skrg x mgkin sama dgn yg dulo2. epic))

Lack_of_SouL said...

eh? bukan ke? Ingatkan disebabkan fobia ko zaman kecik pada tirai bergoyang, ko teringat balik (setelah 10 lebih tahun -ehem- berlalu) bile tengok tirai bergoyang kat umah tepi jalan tu..

atreyu strange said...

@Frodo - Tipu la main tepok tampar skang. Hrp dok depan PC add kat Fesbuk jek. Huhu..

@Aye Zee - Can we not discuss this so openly? I malu lah. Haha!

yahirmaccormack said...

Casino de Ferreira – de Ferreira (Brazil) - jtmhub.com
Casino 하남 출장마사지 de Ferreira 안산 출장마사지 – de Ferreira (Brazil). Estado de São Salvador. Ristorante 영천 출장안마 di Venezia. 9.53 km. 수원 출장마사지 Energía 양산 출장안마 da Venezia.

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP