Thursday, September 10, 2009

Mana Korang Pergi Untuk Berbuka Puasa?

Kalau korang jenis yang suka berbuka di rumah, korang takyah lah nak mengade-ngade jawab "di rumah". Itu memang tunggu pelempang dari aku.

Korang tahu tak mana port bukak puasa yang best dan menepati bajet yang kurang bajet nih. Yer, aku bukan Islam - takyah puasa pun - shadap you, Cik Pin!

Tapi aku sering DITANYA.

Bila orang tanya soalan yang aku tiada jawapan, aku suka bertanya dengan Tok Google. Jadi bila aku ditanya soalan nih, aku pun tanyalah Tok Google! Ternyata, Tok Google memang handal dan ada banyak jawapan! Tapi pilihan jawapan beliau selalu berkait dengan buffet Ramadan di hotel-hotel mewah. Paling murah pun Hotel Cititel. Kalau tanya Tok Google pasal warung tepi jalan, dia cakap "Tak main la beb!". Ahh, siot je!

Jadi, boleh tak korang tolong aku, mana tempat yang best untuk berbuka puasa? Aku nak tempat berbuka yang ala kadar je. Kalau boleh di sekitar KL. Aku takde jawapan. Dan aku tiada masa untuk melepak dengan Tok Google sebab aku sibuk menyiapkan kerja di pejabat. Aku bukannya boleh balik rumah dan tidur di siang hari, betul tak? Bila aku tak beri jawapan kepada orang yang bertanya, aku dituduh tak membantu langsung SELAMA NIH. Walaupun sudah ku katakan yang aku sibuk. Biasalah tu, kalau kita bantu, tak nampak. Tak bantu, nampak saje! Jangan asyik mengata orang, diri sendiri tak tentu sempurna!

Eh, apa aku merepek nih? Aihh, jawab je lah soalan aku, ok?


* Nak aku plan? Boleh saje! Tapi bila aku TAK sibuk. Sudah ku katakan ku sibuk. Logik kau di mana? Oh, aku lupa, kau tak suka matematik..
* So... aku nak makan ape malam nih??
* Masa tulis post nih aku asyik terbayangkan wajah CikPin ketawa mengilai-ngilai. Ish, kenape ntah, tapi seram!

10 other story teller(s):

a i n k i n z said...

Ouh, aku nak jawab TAK TAHU.
kene pelempang tak?
hehe.

Tapi kan kt Tganu ni, aku pon tak tahu mane kedai yang best.
Wah, ternyata aku ade kebolehan memasak.

Eh eh, ko marah tak aku jawab cmni?
:P

syazryn sabry said...

hari tu ak pegi ikea..rm16 je..tpi lauk ko ikut luck sbb dea tukar hari2..kalo time ko pgi tu mkn seafood kira untunglah,.time ak pegi tu mkn aym n kambing je..so mcm sangatlah x bebaloi-baloi!

next, ak g flamming steamboat..ni mmg superb la..sbb dgn rm21 ko leh mkn smpai buncit..tpi jgn compare kuah tomyam dea ngan johnys mmg xdapek aa sbb johnnys lgi super kaw tomyamnya..den ade nasi goreng, mee, mihun kuih muih, ais krim, marshmellow, abc..aaa..lapaa dah!

ak pun still cari tmpt bufet yg murah2 ni..kalo ada ko gtaw ek..ngee!

CikPiN said...

aku datang untuk mengilai..


hahahahahaha


**rambut aku pendek la, mana ada seram!!~ ceh

atreyu strange said...

NoQ, ko pasti ke kebolehan KO? Atau HOUSEMATE KO? *Pini yang ajar jadi sarkastik*

Syaz, aku de dengar pasal yang kat IKEA tu, tapi macam tak berkenan plak. Flamming steamboat katne? Aku kureng sket la steamboat nih. Kalu bawak aku, mmg rugi beb, sebab aku memang jenis takleh makan banyak sangat. Huhu.

Pini, mase aku terdengar ko mengilai tu, ko bertudung! Huhu~

~dolly~ said...

mana-mana saja yang ada makanan sedap dan murah.. XD
hahahha..tapi saya tak puasa la...

errr... happy berpuasa --> sounds weird or not?
=___="

syazryn sabry said...

flamming steamboat dkat sebelah sunway pyramid..yg kt ikea tu not so recommended lah sebab na masuk pun kena beratur panjang mcm byr tol x guna smart tag..hmm

Najib Hassan said...

kedai makan makjah di tepi lorong sana kot

Mr K said...

Maksud kau? Blog apa yang xxx tu?

atreyu strange said...

Najib, celah lorong mane plak tuh... Huhu.

Mr K, maksud aku, kalu masuk blog A, dia mtk la review pasal blog A. Kalu masuk blog XXX, dia mtk la review pasal blog XXX. Contoh jek tu. Blog mane aku masuk tadi, aku pun tak hengat! Dah, pi balik blog sendiri! OT plak kat sini. HAHAHA.

Anonymous said...

Dik, ada satu kedai makan/restoran...di pantai dalam. Ala2 Kelantanese Food. Very nice and quite cheap. Cubalah, sure tak nyesal.

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP