Thursday, May 07, 2009

REMAJA vs CLEO

Semasa di kolej satu ketika dahulu (takde la lame sangat yer), datang je awal bulan, aku akan menunggu arahan member serumah untuk membelikan beliau majalah REMAJA. Kalau tiada arahan, aku akan offer sendiri untuk tolong belikan.

Nape aku beriya benar belikan beliau REMAJA? Sebab aku sendiri tak sabar nak baca REMAJA! Haha. Takdelah. Aku tidak taksub membaca REMAJA kerana majalah itu suka copy paste artikel dari majalah CLEO. Aku lebih senang membaca CLEO. Lagipun, kalau REMAJA copy paste, sah-sah dah kene lalu censorship. Apa barang baca majalah camtu! Takde syiokk la bai! Haha.

Setebal-tebal REMAJA tu (tebal lagi make-up Anita Sarawak), aku hanya akan mencari satu mukasurat.

Muka hadapan REMAJA.

Yeahh, itu adalah mukasurat yang paling seronok untuk dilihat! Macam-macam kaedah photoshop yang akan digunakan untuk mencantikkan gadis yang memang dah kurang cantik semulajadi. Kulit muka jadi licin macam kulit buku. Rambut jadi sihat menawan (Sunsilk tak bley lawan la wei!). Hidung jadi mancung, pipi tersorong-sorong. DLL lagi. Seronok betul duduk mengkaji sudut mana yang kena photoshop sambil puji2 kehebatan staf REMAJA yang begitu teliti melakukan masking, layering, levelling, DLL.

Ahh, dah ada orang bising. Yer, memang CLEO pun banyak photoshop gambar. Tapi, agak susah lah nak detect sebab tanpa segan silu aku katakan, staf CLEO memang lebih hebat dari staf REMAJA. Bongkak bongkak. Kenyataan pahit yang perlu anda telan. Tak kira! Telan gak!


Eh, jap. Aku nak tarik balik kata-kata pada perenggan di atas boleh? Huhu. Aku baru perasan, pada mukasurat 75, majalah CLEO bulan Mei 2009, ada sedikit kecacatan pada perut ramping-pumping cik model tu. Bagi pembaca lelaki, jaga tatatertib anda ketika menatap gambar di bawah.



Aduhhh!! Mana pi pusat hang???!!!!

3 other story teller(s):

Aimar said...

Erk.. Editor dia taksub tengok benda lain sampai tak sedar dia terpadam pusat minah tu.. Nasib baik pusat, kalau benda lain confirm budak laki da tak baca Cleo da.. haha..

* Ada ke laki baca Cleo?

peja said...

wahahaha...agak2 la editor ni? nmpk sgt menipu dowh..ke mmg model ni cacat?? xde pusat?? eh camne plak tu ek cde pusat? hantuuuu kot.....uwahahahah

atreyu strange said...

aimar, bhgn lain tu, digebukan lagi ada la! haha.

peej, mmg kantoi ar editor tu. tp camne leh terlepas pandang pun aku xtau la. ishk2, sedey la CLEO wat camni. haha!

Post a Comment

Hi Anonymous, you are such a coward! Please, I beg you, FLAME me!

  © 2008-2009 'Morning Drink' template by ourblogtemplates.com. Edited by atreyu strange.

Back to TOP